- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

SUK Saran Aktiviti Kebersihan dan Kecergasan

Must read

Kerajaan Negeri sentiasa mengalakkan aktiviti berbentuk
kebersihan dan kecergasan dalam usaha menjadikan ia satu budaya di kalangan
penjawat awam di negeri ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datu Wilson
Baya Dandot.

Sehubungan itu, kerajaan mengalakkan aktiviti kebersihan dan
kecergasan dilaksanakan di semua peringkat termasuk di bahagian,daerah
terutamanya di kompleks/bangunan milik kerajaan.

Menurutnya, berdasarkan maklumbalas positif di bahagian dan
daerah, terdapat beberapa bahagian yang telah mengerakkan jawatankuasa
masing-masing ke arah usaha tersebut.

Aktiviti seumpama itu, jelasnya boleh mewujudkan sikap
"kepunyaan" kepada tempat bekerja.

Ini menurutnya berdasarkan jumlah masa bekerja selama 8 jam
ke 10 jam yang diperuntukkan untuk
bekerja turut menuntut kepada faktor keselesaan, kebersihan dan
keindahan berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Pelancaran
Program Warga Sihat Baitul Makmur pada 9 Mac 2007 anjuran Jawatankuasa
Kecergasan Warga Baitul Makmur.

Dari aspek kecergasan, beliau menambah, Ketua Jabatan juga
hendaklah memainkan peranan menganjurkan aktiviti dan program kecergasan
seperti senamrobik,larian kesihatan dan pelbagai aktiviti untuk kakitangan
mereka

Malah, beliau turut memastikan setiap mesyuarat atau lawatan
ke Bahagian tertentu hendaklah diselitkan dengan program kecergasan antaranya
seperti perlawanan badminton ataupun golf.

Mengenai program yang dilaksanakan Jawatankuasa Kecergasan
Warga Baitul Makmur diterajui Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi
(KPSU), beliau berkata aktiviti tersebut mampu mewujudkan semangat kerjasama di
kalangan penjawat awam

Selain membentuk
warga kerja yang sihat, usaha ini
menurutnya aktiviti tersebut mampu meningkatkan kecergasan dan
produktiviti sesebuah organisasi.

Menurutnya, setiap aktiviti yang dilaksanakan, penekanan aspek
berkaitan juga perlu turut diambil perhatian.

Jelasnya lagi, ini dapat dilihat melalui ceramah khas pada setiap
aktiviti tersebut dengan kakitangan awam didedahkan dalam konteks lebih luas
iaitu dari segi penampilan diri, bijak mengurus aspek perancangan kewangan,
protokol dan etiket dan bermotivasi diri.

Beliau turut mencadangkan agar setiap kakitangan awam
memperuntukkan sekurang-kurangnya 15 minit untuk tujuan motivasi diri.


Terdahulu, beliau sempat meluangkan masa menyertai kira-kira
150 orang kakitangan awam termasuk Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan dalam
acara senamrobik yang diadakan di perkarangan Bangunan Baitul Makmur yang turut
menempatkan beberapa Kementerian,
Jabatan di peringkat negeri itu.

Lihat juga Perlu Sentiasa Kekal Cergas dan Bersih

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article