- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pemantauan Berterusan Perlu

Must read

Koridor Wilayah
Tengah termasuk Bahagian Sibu dan Bahagian Mukah perlu diberi perhatian yang
sewajarnya bagi memastikan segala projek yang dirancang di kawasan berkenaan
berjalan lancar dan mengikut jadual.

Bagi memastikan ia berjaya adalah perlu dilaksanakan
pemantauan secara berterusan di samping memerlukan kerjasama rapat pelbagai
pihak.

Begitulah kesimpulan yang dapat dirumus hasil daripada
Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datu Wilson Baya Dandot bersama
rombongan ke dua buah Bahagian tersebut pada bulan Mac yang lepas.

Lawatan Kerja ke Bahagian Sibu diadakan pada 14 hingga 15
Mac 2007 manakala Bahagian Mukah pada 18 hingga 19 Mac 2007.

Aturcara padat bermula dengan meninjau kejayaan Majlis
Perbandaran Sibu (MPS) yang bekerjasama rapat dengan komunitinya dalam usaha
mengindahkan bandar Sibu melalui pembangunan landskap taman yang dilaksanakan
bersama persatuan komuniti setempat. Sehingga kini di Sibu, terdapat 13 buah
taman komuniti.

Setiausaha Kerajaan Negeri kagum dengan model kerjasama
strategik MPS dengan komuniti yang disifatkan beliau perlu dicontohi oleh
Bahagian lain.

Rombongan tersebut juga sempat meninjau tiga (3) buah taman
iaitu Taman Tasik (Fasa 3), Kutien
Memorial Park
dan Taman Chiang Chuang.

Semasa mengadakan lawatan sebelah petangnya ke tapak projek
Jalan Sibu/Bawang Assan/Seredeng, salah satu projek utama dalam Rancangan
Malaysia ke sembilan (RMK9) beliau turut menyentuh mengenai perlunya kerjasama
kedua belah pihak (di peringkat JKR Sarikei dan JKR Sibu) berserta kontraktor
bagi memastikan projek berjalan mengikut jadual.

Jelasnya, sebarang kelewatan, akan menjejaskan usaha
kerajaan membangunkan kawasan Tanjung Manis, (sebelah Mukah) sehingga ke
kawasan Sibu yang berpotensi besar dalam sektor perindustrian dan sektor
perkapalan.

Pada hari berikutnya, di peringkat perancangan pembangunan
pula, tinjauan lawatan turut diadakan ke dua buah daerah iaitu ke daerah
Kanowit dan Pakan.

Dalam perkara berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri ingin melihat
persediaan di peringkat pentadbiran daerah untuk meningkatkan ekonomi
masyarakat di daerah tersebut.

Jelasnya, pembangunan infrastruktur iaitu Jambatan Durin yang telah
secara rasmi digunakan penghujung tahun lepas bukan hanya dilihat dalam konteks
memendekkan perjalanan malah mampu memberi kesan secara langsung kepada daerah
berhampiran seperti Kanowit, Julau dan juga Pakan.

Antara fokus utama lawatan ke
atas daerah-daerah tersebut ialah melihat perkembangan sektor ekonomi,
pelancongan dan perkhidmatan yang boleh merangsang pembangunan di kawasan
tersebut.

Dari sudut kerjasama sektor
swasta, beliau sempat meninjau kerjasama beberapa buah syarikat swasta
antaranya seperti Syarikat Taa Ann dan Rimbunan Hijau yang banyak merencanakan
sektor ekonomi bahagian tersebut terutama penyediaan peluang pekerjaan.

Di pihak kerajaan pula, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan
akan memperkemaskan lagi polisi dan akan terus memperkukuhkan jalinan kerjasama
serta akan berperanan agar masing-masing dapat berusaha memajukan ekonomi
negeri.

Selain melihat secara dekat entiti sektor swasta tersebut,
ia juga cuba untuk melihat peranan yang dapat dimainkan sektor awam serta akan
berperanan sebagai pemudahcara.

Kemudian pada 18 hingga 19 Mac 2007, lawatan adalah tertumpu ke Bahagian
Mukah, yang menjadi sebahagian dari kawasan Koridor Wilayah Tengah pembangunan
Sarawak yang turut menganjur sehingga ke Bintulu.

Pada 18 Mac 2007, Setiausaha Kerajaan Negeri bersama
rombongan sempat “turun padang” ke Pejabat
Daerah Selangau untuk melihat perkembangan daerah yang baru dinaiktaraf.

Pada hari berikutnya, Setiausaha Kerajaan Negeri berserta
rombongan telah diberikan taklimat mengenai pembangunan Bahagian Mukah.

Projek utama
yang ditinjau di Bahagian Mukah ialah tapak projek janakuasa arang batu
bernilai 800 juta yang terletak di Jalan Mateding, Balingian.

Rombongan, kemudiannya
turut melihat sendiri perkembangan pembinaan Jambatan Batang Balingian
yang bakal menghubungkan Balingian ke Kuala Balingian, di samping Projek
Pertumbuhan Desa Balingian.

Pada akhir lawatan beliau ke Bahagian Mukah, beliau
melahirkan rasa kagum melihat kesungguhan di pihak pentadbiran serta kerjasama
seluruh agensi kerajaan di Bahagian Mukah yang telah sedikit sebanyak
mempercepatkan tempo pembangunan bahagian tersebut.

Katanya, kesungguhan tersebut disifatkan beliau harus
dicontohi oleh Bahagian lain.

Info

Pembangunan
Taman kendalian MPS

MPS berjaya menjalinkan kerjasama stretegik dengan beberapa pertubuhan
dalam mewujudkan lebih banyak taman rekreasi di Bahagian tersebut.

Di Sibu sahaja, terdapat 20 buah taman rekreasi dan 13 daripadanya
dilaksanakan serta ditaja bersama pertubuhan-pertubuhan komuniti.

Masyarakat Sibu boleh mengharapkan lebih banyak kemudahan pelancongan
disediakan di Taman Tasik Sibu apabila ia dipertingkatkan di bawah pembangunan
fasa tiga (3) taman berkenaan yang melibatkan kos sebanyak kira-kira RM4.3 juta
merangkumi pengindahan Tebingan Taman Tasik, Amphiteater (Panggung Terbuka), Arked Membeli-Belah, Medan Selera,
Jeti, Menara Peninjau dan Restoran.

Turut dibangunkan ialah “Sibu
World of Flower & Garden Centre”

yang menelan kos sebanyak kira-kira RM4.2 juta yang terdiri daripada
beberapa segmen taman unik dan bunga-bungaan di kawasan berkeluasan 5 ekar.

Jambatan Durin

Jambatan tersebut mula dibuka kepada orang awam pada
21 Oktober 2006.

Sebelum penyiapan jambatan ini, terminal feri Durin
merupakan antara pusat tumpuan paling sibuk di Sarawak berdasarkan jumlah
penumpang yang dikendalikannya.

Jambatan berharga RM95.8 juta ini yang dibina menyeberangi
Sungai Rejang di Durin, kira-kira 40km dari Sibu adalah menjadi laluan utama
jalan Kuching-Miri.

Ia mempunyai signifikan kepada pembangunan kawasan
sekitarnya seperti daerah Kanowit, Pakan, Julau dan Sarikei terutamanya dalam
menganjakkan lagi ekonomi daerah-daerah berkenaan.

Pembangunan sekitar Kanowit (Tinjauan ke Kubu Emma)

Sekitar Pejabat daerah Kanowit

Pembangunan sekitar PAKAN (Kompleks Sukan)


Sekitar Pejabat Daerah Selangau

Sektor Swasta

(Syarikat Ta Ann (kiri) dan Rimbunan Hijau (kanan)

Janakuasa Arang Batu, Balingian

Projek Janakuasa Letrik menggunakan
arang batu bernilai RM800 juta ini telah dilancar pada 16 April 2006 dan
dijangka siap menjelang tahun 2009.

Mampu menjana 270 mega watt dengan
bekalan 500 juta tan arang batu dari Kuari Arang Batu, Mateding Mukah untuk tempoh lebih 40 tahun.

Berupaya menampung
bekalan letrik untuk Mukah, Bintulu, Sarikei dan Sibu

Jambatan Batang Balingian

Jambatan
ini akan menghubungkan Balingian (sebelah Pekan Balingian) dengan Kuala
Balingian.

Projek yang
bernilai RM22 juta ini telah pun
dimulakan pada Jun 2005 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2008.

Berdasarkan
laporan 15 Mac 2007, dari segi progres fizikalnya, projek ini telah mendahului
jadual iaitu 91.89 % berbanding 69.59 peratus jadual asalnya.

RGC Balingian

Program pembangunan RGC
bermatlamat untuk mewujudkan penempatan luar bandar yang "viable and self-sustaining" yang akan dilengkapkan
dengan infrastruktur dan kemudahan awam yang baik, mewujudkan suasana ekonomi
luar bandar yang terancang dan lestari untuk menjana peluang-peluang
penyertaan, pekerjaan, dan mengurangkan penghijrahan ke bandar.

Selain itu, ia berperanan mengatasi masalah kemiskinan di
luar bandar secara bersepadu di samping menyelaras lebih peluang penyertaan
tempatan terutama sekali kaum bumiputera di dalam program pembangunan.

Matlamat terakhirnya adalah mengukuh lagi usaha-usaha
menyediakan perkhidmatan sokongan.

Fakta
Ringkas
RGC Balingian, Mukah (69.3ha)
Ekonomi :
Estet komersil kelapa sawit,
ternakan
ikan dalam sangkar
Infrastruktur:
Jalan, bekalan air, bekalan elektrik, masjid, perparitan, rumah kedai dan lot
kediaman.
Cadangan: Pusat komersil, stesen minyak, terminal bas,
tandas awam

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article