- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Setiausaha Kerajaan Negeri Lawat

Must read

Daerah Lundu dan Bau

Pihak pentadbir di peringkat daerah digesa mengambil inisiatif untuk meningkatkan sistem peryampaian perkhidmatan dengan menjalinkan kerjasama rapat pelbagai pihak seperti sektor swasta dan masyarakat.

Ini penting bagi memastikan semua pihak dapat mengenali dan memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dalam merencanakan pembangunan di sesebuah daerah.

Itu adalah antara rumusan hasil lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Wilson Baya Dandot ke daerah Lundu dan Bau baru-baru ini.

Lawatan Kerja ke daerah tersebut diadakan bersempena Mesyuarat PBT Bil 1/2007 yang diadakan di Sematan pada 11 Mei 2007 lalu.

Pada masa yang sama, beliau turut menekankan betapa pentingnya pihak pentadbir pada peringkat tersebut, berfikiran kreatif dan unik dalam usaha melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau seterusnya menambah, adalah penting untuk mengenalpasti keperluan pengguna bagi memastikan perkhidmatan sampai kepada golongan sasaran.

Mengenai kedua-dua daerah tersebut, beliau menyatakan bahawa dengan kedudukan strategik daerah tersebut dari Bandar Raya Kuching, ia pastinya menerima tempias pembangunan terutamanya daerah Lundu yang kini lebih mudah dihubungi berbanding dahulu kerana adanya Jambatan Kayan.

Katanya, daerah ini sungguh bertuah kerana memiliki jaringan infrastruktur yang mampu menyokong pembangunan sedia ada.

Justeru, menurutnya adalah amat penting bagi pelbagai sektor antaranya seperti sektor pelancongan, pertanian dan perkhidmatan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan tersebut serta merangsang pembangunan di sini.

Dalam perkara berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri ingin melihat persediaan di peringkat pentadbiran daerah serta perancangan pembangunan demi meningkatkan ekonomi masyarakat di daerah terbabit.

Lawatan kerja ke dua daerah tersebut turut disertai oleh Residen Bahagian Kuching, Rodziah Morshidi.

Aturcara lawatan kerja sehari beliau bermula di Pejabat Daerah Lundu pada sebelah pagi, yang mana beliau turut sempat meninjau serta memberi kata-kata semangat kepada kakitangan di Pejabat berkenaan di samping mendengar taklimat pembangunan daripada Pegawai Daerah Lundu, Encik Basri Jack.

Beliau bersama rombongan kemudiannya menuju ke Sematan di mana beliau mempengerusikan Mesyuarat PBT Bil.1/2007 di salah sebuah pusat peranginan di situ yang membincangkan beberapa perkara mengenai perkembangan PBT di Sarawak.

Sebelum bertolak ke Pejabat Daerah Bau antara tempat terakhir lawatan sehari tersebut, beliau meninjau status pelaksanaan penggantian jambatan di Biawak, Sematan seterusnya meninjau operasi Pos Imigresen berhampiran.

Lawatan kerja ke daerah adalah sebahagian daripada usaha untuk meninjau perkembangan pihak pentadbir di peringkat daerah. Beberapa bulan lepas, Setiausaha Kerajaan Negeri turut mengadakan lawatan kerja serupa di beberapa buah daerah seperti Long Lama (Miri), Kanowit (Sibu), Pakan (Sarikei), Selangau (Sibu) dan Balingian (Mukah).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article