- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Penyediaan Prasarana Terbaik

Must read

Penyediaan prasarana yang lengkap mampu meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,yang mana perubahan suasana yang wujud mampu meningkatkan motivasi di kalangan pekerja.

Keadaan ini lebih dirasai di kawasan yang baru berstatus sebagai sebuah bahagian seperti Betong dan Mukah.
Selepas Mukah dan kapit, kini Bahagian Betong turut memiliki Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negerinya.



Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Wilson Baya Dandot adalah amat penting kerana, penyediaan prasarana sedemikian mampu pengukuhan sistem penyampaian kerajaan.

Beliau berharap agar dengan penyediaan prasarana bekerja yang lebih baik dan selesa, penjawat awam dapat menyumbang bakti dan perkhidmatan dengan lebih cemerlang.

Dalam masa yang sama, bagi melengkapkan prasarana itu, pentadbir di peringkat daerah khasnya pegawai daerah dan peringkat bahagian (Residen dan Timbalan Residen) perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memastikan pembangunan kawasan luar Bandar berjalan dengan lancar.

Mengenai lawatan beliau ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan–Betong, beliau yakin dengan kewujudannya dapat memberi manfaat serta melicinkan pentadbiran khasnya bagi daerah kecil yang terdapat di bahagian tersebut seperti Maludam, Debak, Spaoh, Pusa, Kabong dan Roban.

Perkembangan projek tersebut juga diharap dapat melicinkan pentadbiran Bahagian Betong yang kini telah berusia lima (5) tahun.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja beliau ke Bahagian berkenaan bersempena Mesyuarat SDMC 2/2007.

Kompleks berkenaan menelan kos RM51 juta. Pembinaan yang telah bermula pada Ogos 2004 dan telah siap sepenuhnya pada 24 April yang lepas.

Ia terletak kira-kira 1 kilometer di selatan pekan lama Betong dan akan menjadi pusat setempat bagi pentadbiran jabatan kerajaan di Bahagian yang berusia 5 tahun itu.

Kompleks Pejabat Pentadbiran Kerajaan Betong itu nanti akan menempatkan Pejabat Residen dan Daerah Betong, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kebajikan dan Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Pertanian.

Dalam perkara berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri turut mengumumkan bahawa Pejabat daerah Saratok akan memiliki bangunan pejabat yang baru.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article