Ketua Pengarah, Jabatan
Perkhidmatan Awam, Malaysia, Tan Sri Ismail Adam dalam pekeliling perkhidmatan
bilangan 10 tahun 2007, bertarikh 27 Jun 2007 yang berkuatkuasa 1 Julai 2007, memaklumkan
bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya syarat lantikan dan syarat kenaikan
pangkat skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32
yang sedang berkuat kuasa diubah. Ini berikutan perubahan persekitaran yang
memerlukan syarat lantikan dan syarat kenaikan pangkat skim perkhidmatan
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dikemas kini sejajar dengan keperluan semasa
dan perubahan kurikulum pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi dan
politeknik tempatan.
Pegawai yang sedang
berkhidmat atau lantikan baru bagi skim perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32 akan menerima elaun dan kemudahan mengikut
pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat edaran yang
berkuat kuasa.
Dengan berkuat
kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Pembantu Tadbir
(Kesetiausahaan) yang berkuat kuasa mulai 1 November 2002 melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dibatalkan dan diganti dengan skim
perkhidmatan dalam pekeliling perkhidmatan ini.