- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Anugerah Sebagai Pengiktirafan Gerakan Koperasi

Must read

Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Sarawak terus mengiktiraf gerakan koperasi dewasa dan koperasi sekolah yang telah menunjukkan pencapaian membanggakan sepanjang tahun 2006.

Pengiktirafan itu sekaligus menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus memberi sokongan kepada gerakan koperasi khususnya dalam pembangunan keusahawanan serta bagi menghargai sumbangan gerakan itu kepada pembangunan sosioekonomi negeri dan negara.

Anugerah Khas Koperasi Dewasa dan Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah telah disampaikan oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak (Pertubuhan Peladangan dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok ak Entrie bersempena sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak Kali Keempat awal Julai lalu.

Sebanyak lapan buah koperasi turut menerima geran bantuan pembangunan JPK untuk tahun 2007 yang berjumlah RM153,000. Koperasi Kampung Melayu Tebakang Bhd penerima tertinggi dengan RM50,000.00 diikuti Koperasi Kampung Mayang Kawan Bhd dengan sejumlah RM30,000.00.

Penerima lain ialah Koperasi Batuh Silabur Bhd dengan RM20,000.00, Koperasi Kampung Sebintin Bhd. (RM19,000) Koperasi Tangga Bhd (RM10,000), Koperasi Kampung Plaman Bantang Bhd (RM10,000), Koperasi SMK Simunjan No. 2 Bhd (RM10,000) dan Koperasi SM Kai Chung Bhd (RM 4,000).

Anugerah Khas telah disampaikan kepada empat buah koperasi dewasa sebagai mengiktiraf pencapaian mereka. Masing-masingnya diberikan sijil dan plak.

Koperasi Kampung Bunan Bhd telah menerima Anugerah Khas Koperasi Pengguna. Koperasi itu didaftarkan pada akhir tahun 1975 dan kini dianggotai seramai 280 orang yang kebanyakannya penduduk kampung yang menjalankan aktiviti berkebun.

Pada tahun kewangan yang lalu, koperasi berjaya mencapai keuntungan bersih kira-kira RM 76,000.00 hasil dari kedai barangan runcit.

Penduduk kampung juga telah menjadikan koperasi itu sebagai pusat jualan bagi hasil tanaman koko dan getah.

Bagi memenuhi permintaan penduduk kampung, koperasi telah membuka dua buah cawangan kedai koperasi di kampung berdekatan dan kini koperasi itu memiliki aset melebihi setengah juta ringgit.


Koperasi Kg Bunan Bhd membeli hasil koko dan getah anggotanya


Koperasi Peserta Rancangan Felcra Kawasan Belimbing Bhd pula menerima Anugerah Khas Koperasi Peserta Felcra.

Koperasi yang menerima anugerah ini didaftarkan pada tahun 1996 dengan jumlah anggota seramai 760 orang terdiri daripada peserta rancangan Felcra. Ia juga merupakan salah satu daripada tiga koperasi peserta Felcra yang ditubuhkan di Sarawak.

Antara aktivitinya ialah menjalankan kontrak kerja daripada pihak Felcra seperti kontrak kerja pengangkutan buah tandan segar kelapa sawit ke tempat penggumpulan dan membuat jalan ladang.

Nilai kontrak yang diperoleh oleh pihak koperasi sepanjang tahun 2006 ialah sebanyak RM 1.5 juta.

Koperasi itu berjaya mencapai keuntungan bersih kira-kira RM173,000.00 bagi tahun 2006 dengan jumlah aset kira-kira RM842,000.00.

Anugerah Khas Koperasi Kredit pula dirangkul oleh Koperasi Miri Port Bhd.

Sejumlah RM322,200 dalam bentuk pinjaman telah dikeluarkan kepada anggota pada tahun kewangan yang lalu.

Selain itu, koperasi juga menjalankan aktiviti kedai alat tulis dan barangan runcit serta melaksanakan kerja kontrak memotong rumput, perkhidmatan cucian pejabat dan kuarters, perkhidmatan pungutan sampah dan membekal peralatan keselamatan.

Baru-baru ini, meneroka pula perkhidmatan Kelas Tadika.

Walaupun jumlah anggota hanya seramai 124 orang tetapi modal syer mereka mencecah RM199,000.00 dengan jumlah aset bernilai kira-kira RM571,000.00.

Sementara itu, Anugerah Khas Koperasi Perumahan pula disandang oleh Koperasi Kemajuan Heng Hua Kuching Bhd.

Koperasi itu meletakkan kepentingan anggota sebagai matlamat utama penubuhannya melalui pembinaan lapan unit bangunan kedai dan 105 unit rumah kediaman atas tanah milik koperasi.

Koperasi juga menjual lot tanah kepada para anggotanya. Aktiviti itu telah mendatangkan laba bernilai RM1.4 juta. Koperasi itu kini meneruskan projek perumahan fasa kedua iaitu pembinaan 80 unit rumah teres, 38 unit rumah berkembar dan 27 unit banglo.

Koperasi juga telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan dana Program Pendidikan yang telah berjaya mengumpul RM79,000.00 untuk kebajikan anak-anak anggota.


Kiri: Kedai runcit (di bawah) dan homestay (atas) menjadi aktiviti Koperasi Kg Mongkos Bhd
Kanan: Gerakan koperasi di sekolah memberi pendedahan kepada pelajar tentang kegiatan keusahawanan


Sumbangan gerakan koperasi sekolah juga tidak dilupakan memandangkan sekolah adalah tempat awal untuk generasi muda mendekati serta memahami aktiviti berkoperasi.

Senarai penuh penerima pelbagai jenis Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Sarawak 2006 adalah seperti berikut:

Anugerah Pemimpin Koperasi Sekolah Tahun 2006: Tuan Haji Tamit bin Haji Yusuf dari Koperasi SMK Agama Igan Berhad. Beliau menerima sijil, plak dan cek bernilai RM300.00


Anugerah Guru Koperasi Sekolah Tahun 2006: Encik Dala ak Sitor dari Koperasi SMK Penrissen No. 1 Berhad. Beliau menerima sijil, plak dan cek bernilai RM300.00.


Anugerah Pelajar Koperasi Sekolah Tahun 2006: Kenneth Kon Yew Kin dari Koperasi SMK Sungai Maong Berhad. Beliau menerima sijil, plak dan cek bernilai RM300.00.


Koperasi Sekolah Asrama Kateqori A

Johan Koperasi SMK Muara Tuang Bhd Sijil/Plak RM1,500.00
Naib Johan Koperasi SMK Penrissen No. 1 Bhd Sijil RM1,000.00
Ketiga Koperasi SMK Luar Bandar Sibu Bhd Sijil RM750.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Siburan Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Tatau Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Serian Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Paku Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Bako Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Subis Berhad Sijil RM500.00

Koperasi Sekolah Asrama Kateqori B

Johan Koperasi SMK Santubong Berhad Sijil/Plak RM1,500.00
Naib Johan Koperasi SMK Agama Igan Berhad Sijil RM1,000.00
Ketiga Koperasi SMK Jalan Oya Berhad Sijil RM750.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Agama Sibu Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SM Sains Miri Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SM Teknik Bintulu Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Three Rivers Berhad Sijil RM500.00

Koperasi Sekolah Harian Kategori A

Johan Koperasi SMK Bandar Kch No. 1 Bhd Sijil/Plak RM1,500.00
Naib johan Koperasi SMK Riam Berhad Sijil RM1,000.00
Ketiga Koperasi SMK Kuching High Berhad Sijil RM750.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Sungai Maong Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK St. Thomas Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SM Kai Chung Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Kampung Nangka Bhd Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Green Road Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Bintulu Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Bandar Sarikei Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Kidurong Berhad Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Lutong Berhad Sijil RM500.00

Koperasi Sekolah Harian Kategori B

Johan Koperasi SMK Padungan Kuching Bhd Sijil/Plak RM1,500.00
Naib Johan Koperasi SMK Bandar Kuching No. 2 Bhd Sijil RM1,000.00
Ketiga Koperasi SMKTunku Abdul Rahman Bhd Sijil RM750.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Semerah Padi Bhd Sijil RM500.00
Hadiah Galakan Koperasi SMK Tabuan Jaya Bhd Sijil RM500.00

Anuqerah Koperasi Sekolah Gemilanq Tahun 2006

Koperasi SMK Bandar Bintulu Berhad menerima Piala, Sijil dan wang tunai RM2,000.00


Anugerah Koperasi Harapan Gemilang

Koperasi SMK Tong Hua Bintangor Berhad menerima Sijil dan wang tunai RM1,500.00


Info

  • 459 koperasi berdaftar di Sarawak
  • 295 buah Koperasi Dewasa dan 164 buah Koperasi Sekolah
  • 306,263 orang anggota
  • RM122.5 juta modal syer anggota
  • RM246.3 juta jumlah aset


Info Hari Koperasi Negara

Tujuan Hari Koperasi Negara ialah untuk memperjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi yang mula berkembang di negara ini sejak tahun 1922 serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial


Objektif Sambutan

  1. mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi
  2. memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan gerakan koperasi dalam pembangunan ekonomi negara
  3. mendedahkan koperasi kepada peluang pemiagaan dan perkhidmatan antara koperasi dan pihak ketiga menerusi pameran dan jualan
  4. memberi peluang kepada orang awam untuk memahami industri koperasi sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi negara


Tema sambutan Hari Koperasi Negara 2007 ialahMemperkasakan Keusahawanan Koperasi’.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article