… Sampaikan Maklumat Kepada Masyarakat Bahagian Betong
Kiri: YAB Ketua Menteri melihat maklumat yang dipaparkan pada komputer di salah sebuah kaunter pameran
Kanan: Orang ramai datang berpusu-pusu melihat ekspo dan pameran
Ekspo dan Pameran Pembangunan Bahagian Betong 2007 yang disertai 42 buah kaunter pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah menarik kehadiran ramai ahli masyarakat khususnya dari sekitar bahagian berkenaan.
Aktiviti selama dua hari bermula 21 Julai itu telah diadakan di ruang legar dan galeri Kompeks Kerajaan Negeri Bahagian Betong.
Sejak dibuka kepada orang ramai, para pengunjung sentiasa datang berpusu-pusu melihat bahan yang dipamer serta dijual di situ.
Tidak kurang juga yang mendapatkan maklumat terkini dari agensi kerajaan yang turut serta.
Ekspo dan pameran itu adalah bersempena dengan Perasmian Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Bahagian Betong oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 22 Julai 2007.
Kehadiran YAB Ketua Menteri yang mengadakan lawatan ke ekspo dan pameran itu turut memeriahkan lagi suasana serta persiapan para peserta di kaunter-kaunter yang terlibat untuk mempamerkan maklumat dan produk yang berkualiti kepada para pengunjungnya.