- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Skim Pemisahan Sukarela Dalam Perkhidmatan Awam

Must read

KSN Cadang Kaedah VSS Untuk Lepas Kakitangan Awam Bermasalah

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 2
Ogos 2007 di Kuala Terengganu yang dipetik oleh BERNAMA telah mencadangkan agar
skim pemisahan sukarela (VSS) digunakan dalam perkhidmatan awam untuk
melepaskan kakitangan kerajaan yang bermasalah.

Katanya sistem yang diamalkan oleh pihak swasta itu patut
dikaji untuk dilaksanakan dalam perkhidmatan awam.

"Kita perlu mewujudkan exit policy yang jelas bagi
anggota-anggota yang bermasalah, tidak berdisiplin, mahupun yang tidak
menunjukkan prestasi perkhidmatan yang sepatutnya," katanya pada majlis
penutupan Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pelajaran dan
Negeri kali ke-10 di sini hari ini.

“Kita tidak lagi boleh menjadi pemerhati atau bersikap pasif
dengan mengambil sikap menunggu serta lihat kepada perubahan pantas yang
berlaku di sekeliling.

"Perkhidmatan awam perlu dibarisi oleh anggota dan
pegawai yang benar-benar berketrampilan, profesional serta berwibawa kerana
kualiti modal insanlah yang jadi penentu kepada kejayaan negara," katanya.

Dalam pada itu Tan Sri Mohd Sidek juga berkata bahawa kajian
menunjukkan tidak ramai graduan yang mempunyai ijazah kepujian kelas pertama,
ataupun graduan dari universiti terkemuka dari dalam dan luar negara, berminat
untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Justeru, beliau mencadangkan agar sektor awam belajar
daripada syarikat swasta yang berjaya menarik penyertaan pelajar cemerlang untuk
berkhidmat dengan mereka.

Beliau turut menyatakan bahawa proses pemilihan dan
pelantikan ke dalam sektor pekhidmatan awam perlu sentiasa dinilai dan ditambah
baik supaya selaras dengan perkembangan semasa.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article