- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Feista Radio di Long Lama

Must read

Artikel sumbangan Husun Ukong

WAIfm Perkhidmatan Kayan/Kenyah
Kuching dan Miri pada 10 dan 11 Ogos 2007 ini akan menganjurkan Feista Radio di
Long Lama bertempat di dewan Masyarakat Long lama.

Pada feista ini pelbagai aktiviti
dianjurkan. Antaranya pertandingan :

  1. Datun Julud
  2. Nyivan Solo
  3. Long Lama Idol
  4. Tarik Tali
  5. Jelurah/Memanjat Kayu Licin
  6. Payu/Gusti/Arm Wrestling
  7. Nyuloh Inu
  8. Lontar Belon Berair/Telor
  9. Ayam Bertelur
  10. Bungkus Mayat
  11. Selipar Panjang dan
  12. Mewarna untuk kanak-kanak

Matlamat feista ini adalah untuk
mewujudkan perpaduan, keharmonian serta kerjasama di antara agensi kerajaan
yang terlibat dalam Program Berambeh dengan masyarakat setempat.


Selain daripada itu, program ini juga berhasrat untuk menyemai rasa menghargai
warisan seni budaya dalam diri setiap individu, kumpulan khasnya masyarakat
Orang Ulu terutamanya generasi muda.

Para Artis tempatan yang dijemput khas untuk memeriahkan lagi
Pentas Malam Hiburan Fiesta Radio Long Lama pada malam 11 ogos 2007.
Artis: (Dari kiri) DJ Nancy, Sazia Selir (Penyanyi), Nai (Dinamik ) Husun
Ukong, Margaret Anin, Eddi Kuwing,Cik Snah Ukong (Selaku Penerbit
Fiesta Radio Long Lama 2007)


Feista ini juga bertujuan untuk
membuat rakaman muzik tradisi, lagu tradisional dan cerita rakyat yang boleh
dimuatkan dalam rancangan di radio WAIfm Kayan/Kenyah yang mana dalam masa yang
sama juga bertujuan untuk mendapatkan salinan muzik tradisi, lagu rakyat dan
cerita rakyat untuk dijadikan khazanah digunapakai pada masa depan.

Semasa pemilihan para peserta ke final Radio Long Lama Idol 2007

pada malam 10 Ogos 2007. Dari kiri, dari Bahagian Hiburan RTM
Kuching, En.Yahaya Bt.Sering, En.Amran Bt. Tut, Pengelola Perkhidmatan
Kayan/Kenyah ( Waifm ), Cik Snah Ukong & juga bertugas sebagai
Juruhebah, DJ Nancy Ngau (WaiFm ) Kayan/Kenyah


Melalui feista ini usaha untuk
mendapatkan bahan-bahan yang boleh dikongsikan dengan pendengar radio melalui
temuramah dengan Ketua Kampung, Penghulu, Pemimpin Belia, pelajar serta
pernduduk setempat berkenaan dengan kemajuan dalam bidang ekonomi, pembangunan ICT.


Program ini juga menjadi salah satu program yang boleh dipersembahkan kepada
para pelancong yang berkunjung ke Long Lama bersempena Tahun Melawat Malaysia
2007
di samping mengetengahkan kemajuan yang telah dicapai di Long
Lama dan kawasan sekitarnya bersempena 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia akan
terlaksana.


Program ini berkonsepkan Rancangan Berambeh 2007 merupakan program yang turut
menjadi medium Promosi Budaya sejajar dengan matlamat Tahun Melawat Malaysia
2007 yang mana secara tidak langsung turt menyemai semangat kerjasama di antara
kakitangan Jabatan dan juga agensi-agensi yang terlibat di samping melibatkan
secara langsung penduduk sekitar Long Lama dan kampung/rumah panjang yang
berdekatan seperti Uma Bawang, Long Miri, Long Pilah, Long Banyok, Uma Akeh dan
Long Laput.

Program ini melibatkan juga
kerjasama daripada agensi kerajaan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan
(Jab. Penerangan, JASA), FAMA, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendaftaran Negara
dan juga SESCO – membantu untuk membekal kuasa elektrik.

Kraftangan Ajat, hasil kreativiti Kaum Wanita Kayan Long Lama & banyak lagi barangan lain yang dipamerkan pada Fiesta Radio berlangsung.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article