- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Tegur Biar Berasas

Must read

oleh Choo Hoon Gek


Kritikan masyarakat berkaitan kaedah
perlaksaan peneguhan negatif seperti mendenda dan merotan ke atas
pelajar-pelajar bermasalah di sekolah seolah-olah warga pendidik bukan manusia
biasa yang tidak boleh melakukan kesilapan. Kritikan pedas dan berbau emosi ini
berlaku kerana adanya campurtangan pihak media.

Ibu bapa yang bertindak melaporkan
hal ehwal sekolah kepada pihak media tanpa merujuk terlebih dahulu kepada
pentadbiran sekolah terbabit sebenarnya membelakangi prinsip-prinsip pertubuhan
PIBG itu sendiri.

Ibu bapa dan golongan masyarakat
yang bertindak mengikut naluri emosi biasanya beranggapan anak-anak mereka
teraniaya di sekolah dan berpendapat pihak sekolah tidak endah akan kebajikan
anak-anak mereka. Oleh itu jalan pintas untuk menarik perhatian ramai ialah
melalui media elektronik.

Sistem pendidikan di negara kita
kalau dibandingkan dengan negara membangun dan moden yang lain masih berada
ditahap trial and error dan selepas
50 tahun mederka, kita masih mencari acuan sistem pendidikan kita yang
tersendiri.

Pengenalan sistem sekolah bestari
dan sekolah kluster sebenarnya sudah lama dipraktikan di Amerika Syarikat.
Dengan kata lain walaupun adanya falsafah pendidikan kebangsaan yang digubal
pada tahun 80an, namun ia terlalu abstrak untuk semua orang yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam arena pendidikan memahaminya apatah
lagi mengikutinya.

Persoalan utama yang perlu kita
tangani ialah mencari pencetus reaksi guru-guru yang bertindak seperti diktator
di sekolah-sekolah.

Kita tidak nafikan memang ada guru
yang benar-benar bermasalah. Selaras dengan itu, adalah perlu untuk semua pihak
yang terlibat dengan institusi pendidikan duduk bersama mengupas masalah ini
dengan lebih teliti. Kerana persoalannya sekarang ialah keberkesanan tindakan
tatatertib untuk menjamin masalah yang sama tidak akan berulang ataupun
berkurangan. Punca kepada masalah perlu dicari.

Kesimpulannya, apabila kita
membincangkan sesuatu secara rambang dalam konteks ini, disiplin guru-guru
tanpa mengenalpasti masalah sebenar, maka perbincangan itu adalah sisa-sia
saja. Di akhirnya perbincangan itu akan terhasil daripada tokok tambah pendapat
yang dicemari pandangan sulami emosi.

Justeru itu kita perlu mendalami
masalah itu berasaskan masalah yang dihadapi untuk meluaskan lagi skop
penyelesaian dan alternatif-alternatif tindakan susulan yang sesuai untuk
dipraktikan berdasarkan budaya dan adat resam negara kita.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article