- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Bajet 2008

Must read

Intipati Bajet 2008

  1. Pertumbuhan
    ekonomi
    pada 2008 disasarkan antara 6.0-6.5 peratus pada 2008.
  2. Kasar
    (KDNK) pada 2007 berbanding 3.3 peratus pada 2006.
  3. Kerajaan
    menjangkakan dapat mengurangkan defisit fiskal kepada 3.2 peratus daripada
    Keluaran Dalam Negara
  4. Defisit
    Fiskal dikurangkan lagi kepada 3.1 peratus pada 2008.
  5. RM176.9
    bilion diperuntukkan untuk Bajet 2008, meningkat 10.9 peratus berbanding Bajet
    2007, dengan RM128.8 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM48.1 bilion untuk
    perbelanjaan pembangunan.
    • RM64
      bilion atau 49.6 peratus perbelanjaan mengurus ialah untuk pemberian dan kenaan
      bayaran tetap
    • RM36.2
      bilion untuk emolument
    • RM25.5
      bilion untuk bekalan dan perkhidmatan
    • RM2.1
      bilion untuk pembelian aset dan
    • RM1.13
      juta untuk perbelanjaan lain
  6. Peruntukan
    terbesar ialah untuk perbelanjaan pembangunan yang melibatkan RM20.6 bilion
    untuk sektor pertanian, industri dan infrastruktur
  7. RM15.6
    bilion untuk pendidikan kesihatan dan perumahan
  8. RM7.0
    bilion untuk sektor keselamatan
  9. RM2.9
    bilion untuk pentadbiran dan
  10. RM2.0
    bilion untuk simpanan luar jangka.
  11. Sistem
    cukai pendapatan satu peringkat dicadang diperkenalkan mulai 2008 bagi
    meningkatkan kecekapan dan memudahkan pentadbiran cukai korporat.
  12. Menerusi
    sistem cukai satu peringkat, keuntungan hanya dikenakan cukai di peringkat
    syarikat dan dividen yang diterima dikecualikan cukai.
  13. Tempoh
    peralihan enam tahun akan diberikan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem
    cukai satu peringkat.
  14. Pengurangan
    lanjut cukai korporat sebanyak 25 peratus akan dilaksanakan pada 2009. Cukai
    Korporat pada 2008 ialah 26 peratus.
  15. Tempoh
    pembayaran balik cukai pendapatan dipendekkan dari enam bulan ke 14 hingga 30
    hari bagi penghantaran menerusi sistem e-filing.
  16. Pelepasan
    cukai individu sehingga RM300 setahun diberi ke atas pembelian peralatan sukan
    dan senaman
  17. PKS
    akan diberikan kelonggaran dua tahun untuk membayar cukai pada akhir tahun
    kewangan berbanding ansuran bulanan.
  18. Pengecualian
    cukai jualan dan duti import akan diberikan ke atas peralatan jalur lebar dan
    peranti akses pengguna.
  19. Potongan
    cukai diberi kepada majikan yang menyediakan manfaat komputer baru dan pembayaran
    langganan jalur lebar bagi kakitangan, dan manfaat yang diterima oleh
    kakitangan juga diberi pengecualian cukai.
  20. Pengecualian
    duti setem 50 peratus diberi atas dokumen pemindahan bagi pembelian sebuah
    rumah, bagi jumlah tidak melebihi RM250,000 seunit.
  21. Galakan
    taraf perintis 100 peratus atau elaun cukai perlaburan sebanyak 60 peratus
    selama lima tahun diberi kepada syarikat yang melabur dalam pembinaan makmal
    bertaraf antarabangsa bagi pengujian peranti perubatan.
  22. Syarikat
    Luar Persisir Labuan diberi opsyen untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan
    1967.
  23. RM6.5
    bil diperuntukan bagi sektor pertanian. Antara program yang dilaksanakan ialah
    menggalakkan florikultur, herba dan rempah ratus.
  24. RM236
    juta disediakan untuk bioteknologi. Antara projek yang akan dilaksanakan
    pembangunan pusat penyelidikan biodiversiti, pusat komersialisasi bioteknologi
    serta penyelidikan kompaun anti kanser.
  25. RM858
    juta diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai program untuk meningkatkan lagi
    daya tarikan negara sebagai destinasi pelancongan utama.
  26. RM22
    juta disediakan untuk tingkatkan aktiviti homestay bagi 47 buah kampung
    terpilih.
  27. RM30
    bil diperuntukan bagi Kementerian Pelajaran termasuk pelaksanaan Pelan Induk
    Pembangunan Pendidikan.
  28. Peruntukan
    RM500,000 akan diberi bagi setiap sekolah kluster untuk tujuan aktiviti
    kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran.
  29. Mulai
    2008, yuran tahunan sekolah rendah dan menengah dimansuhkan.
  30. Mulai
    2008, Skim Pinjaman Buku Teks diperluaskan kepada semua pelajar tanpa mengira
    pendapatan isu rumah dan bilangan anak yang layak.
  31. Pelajar
    sekolah daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan
    kebawah akan diberi sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan
    ko-kurikulum beruniform.
  32. Elaun
    guru pendidikan khas dinaikkan daripada RM100 kepada RM250 sebulan.
  33. Kadar
    elaun guru ganti berkelulusan ijazah dinaikkan daripada RM85 kepada RM150
    sehari.
  34. Guru
    mengajar bahasa Cina dan Tamil di Sekolah Kebangsaan diberi elaun RM60 sejam
    bagi lepasan ijazah dan RM50 sejam bagi lepasan diploma.
  35. Guru
    pesara akan diambil untuk berkhidmat sebagai guru ganti dan tenaga pengajar
    untuk guru pelatih
  36. Sekolah
    rendah dan menengah yang diusahakan badan amanah dan pertubuhan amal diberikan pengecualian
    cukai pendapatan
  37. RM2
    bil diperuntukan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan untuk meningkatkan
    bilangan dan kualiti pekerja terlatih selaras dengan keperluan pasaran.
  38. RM480
    juta diperuntukkan untuk program latihan Giat MARA dan Institut Latihan
    Perindustrian (ILP) serta latihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara.
  39. RM550
    juta diperuntukkan untuk menaik taraf politeknik dan kolej komuniti bagi
    meningkatkan kapasiti institusi latihan tersebut.
  40. RM750
    juta diperuntukkan untuk membina sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    di Taiping.
  41. Skop
    Tabung Pembangunan Sumber Manusia akan diperluaskan dan kelonggaran akan
    diberikan kepada syarikat untuk memilih program latihan dan pendidikan lanjutan
    kepada kakitangan.
  42. Akta
    Pembangunan Sumber Manusia Berhad (2001) akan dipinda antaranya bagi
    membolehkan majikan mendapat bantuan kewangan bagi melatih pekerja sehingga
    peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah, terutama dalam bidang teknologi
    baru dan teknologi tinggi.
  43. Untuk
    tahun 2008, seramai 50,000 pekerja dalam sektor pembinaan akan dilatih dalam
    program latihan Masterskills dengan
    kos berjumlah RM100 juta.
  44. Bagi
    tahun 2008, Dana Sains diperuntukkan RM230 juta dan Dana Tekno diperuntukan
    RM300 juta, dan RM546 juta disediakan bagi program R&D institusi.
  45. Kadar
    pembayaran royalti kepada penyelidik ditingkatkan kepada 80 peratus dan baki 20
    peratus kepada institut penyelidikan.
  46. Lebih
    banyak pejabat perlesenan teknologi akan ditubuhkan di institusi penyelidikan
    seperti SIRIM dan Universiti Sains Malaysia
  47. RM12
    bil diperuntukan untuk mentransformasikan sektor pengajian tinggi negara bagi
    menghasilkan modal insan kelas pertama serta membangunkan institusi pengajian
    tinggi bertaraf dunia.
  48. Mulai
    2008, Jabatan Perkhidmatan Awam akan meningkatkan jumlah pelajar tajaannya bagi
    ijazah pertama di universiti tempatan daripada 5,000 setahun kepada 10,000
    setahun.
  49. Elaun
    sara hidup pelajar tajaan JPA di semua peringkat pengajian tinggi tempatan,
    termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa, dinaikkan antara 23 peratus
    sehingga 84 peratus berkuatkuasa mulai semester pertama sesi 2007.
  50. Elaun
    sara hidup pelajar tajaan JPA di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada
    dinaikkan sehingga 97 peratus, iaitu hampir dua kali ganda, berkuatkuasa
    September 2007
  51. RM2
    bil diperuntukan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan untuk meningkatkan
    bilangan dan kualiti pekerja terlatih selaras dengan keperluan pasaran.
  52. RM480
    juta diperuntukkan untuk program latihan GiatMARA dan Institut Latihan
    Perindustrian (ILP) serta latihan kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara.
  53. RM550
    juta diperuntukkan untuk menaik taraf politeknik dan kolej komuniti bagi
    meningkatkan kapasiti institusi latihan tersebut.
  54. RM750
    juta diperuntukkan untuk membina sebuah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    di Taiping.
  55. Skop
    Tabung Pembangunan Sumber Manusia akan diperluaskan dan kelonggaran akan
    diberikan kepada syarikat untuk memilih program latihan dan pendidikan lanjutan
    kepada kakitangan.
  56. Akta
    Pembangunan Sumber Manusia Berhad (2001) akan dipinda antaranya bagi
    membolehkan majikan mendapat bantuan kewangan bagi melatih pekerja sehingga
    peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah, terutama dalam bidang teknologi
    baru dan teknologi tinggi.
  57. Untuk
    tahun 2008, seramai 50,000 pekerja dalam sektor pembinaan akan dilatih dalam
    program latihan Masterskills dengan kos berjumlah RM100 juta.
  58. RM381
    juta disediakan bagi melaksanakan perumahan rakyat kos rendah dan daripada
    jumlah itu RM191 juta bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa dan RM190 juta
    bagi PPR Bersepadu.
  59. Kerajaan
    sedia dana sebagai jaminan kepada bank untuk memberi pinjaman perumahan kepada
    golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap bagi membiayai pembelian rumah
    kos rendah dan sederahan.
  60. Mulai
    1 Jan 2008, sebanyak RM50 juta disediakan oleh kerajaan sebagai jaminan kepada
    Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam Berhad
  61. Pencarum
    KWSP dibenar keluar baki Akaun 2 mereka setiap bulan untuk tujuan membantu
    pembayaran ansuran pinjaman perumahan.
  62. RM4
    bil diperuntukkan untuk projek meningkatkan kualiti hidup di Sabah.
  63. RM4
    bil diperuntukkan untuk projek pembangunan di Sarawak.
  64. Bon
    bernilai RM2 bil akan diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk dilanggan
    oleh warga emas yang berumur 55 tahun ke atas yang tidak mempunyai pekerjaan
    tetap.
  65. Kadar
    elaun pekerja OKU ditambah daripada RM200 kepada RM300
  66. Bantuan
    khas sebanyak RM300 sebulan kepada penjaga OKU yang terlantar dan pesakit yang
    mengidap penyakit kronik.
  67. Berkuatkuasa
    1 Januari, 2008, penilaian swasta dibenarkan untuk tujuan menilai pembayaran
    duti setem, bagi pemindahan hartanah.
  68. Berkuatkuasa
    1 Januari, 2008, Jabatan Kastam akan menggabungkan 16 borang kastam kepada
    empat borang sahaja
  69. Pendaftaran
    perniagaan baru diluluskan dengan serta merta berbanding tiga hari sebelum ini.
  70. Menubuhkan
    Lembaga Pengawasan Perakaunan Syarikat Awam di bawah kawal selia Suruhanjaya
    Sekuriti bagi mengawas juruaudit syarikat-syarikat awam.
  71. Meminda
    semula Tadbir Urus Korporat bagi meningkatkan kualiti lembaga pengarah syarikat
    awam tersenarai.
  72. Bagi
    syarikat dan syarikat pengantara yang menunjukkan tahap tadbir urus yang
    tinggi, akan diberi status laluan hijau, yang meliputi proses kelulusan yang
    lebih cepat dan memanjangkan tempoh lesen.
  73. Pengecualian
    cukai setem ke atas instrumen berkaitan penggabungan dan pengambilalihan
    syarikat senarai awam (PLC) akan
    dilanjutkan hingga 31 Disember, 2010.
  74. Lebih
    1,000 vendor Petronas diminta bergabung supaya lebih kompetitif di peringkat
    global. Pengecualian duti setem akan diberi atas semua instrumen berkaitan
    penggabungan vendor-vendor yang dilaksanakankan sebelum 31 Disember, 2010.
  75. Pemilikan
    syarikat pengurusan dana dan syarikat pengurusan REIT dibenarkan sehingga 70
    peratus, dengan baki pemilikan minimum 30 peratus di kalangan Bumiputera kekal.
  76. Kadar
    komisyen bagi dagangan Internet dan transaksi tunai pendahuluan boleh
    dirundingan sepenuhnya bagi mengurangkan kos transaksi dalam perkongsian pelaburan
    oleh pelabur runcit.
  77. Yuran
    penjelasan akan dikurangkan kepada 0.03 peratus daripada 0.04 peratus, dengan
    yuran maksimum RM1,000.
  78. Caj
    minima bagi transaksi pembrokeran ditetapkan pada kadar RM40.
  79. Membenarkan
    syarikat pengurusan dana Islam memiliki sehingga 100 peratus pegangan asing.
  80. Kumpulan
    Wang Simpanan Pekerja akan menyalurkan dana RM7 bilion untuk diurus oleh
    syarikat syarikat pengurusan dana Islam.
  81. Membenarkan
    keseluruhan aset yang diurus oleh syarikat pengurusan dana Islam dilabur di luar
    Negara
  82. Pengecualian
    cukai hingga 2016 akan diberikan bagi membiyai syarikat pengurusan dana atas
    semua yuran yang diterima berhubung aktiiti pengurusan dana Islam.
  83. Bagi
    menarik pelaburan dari Timur Tengah, insentif cukai akan diberikan untuk
    syarikat pembrokeran sedia ada bagi menubuhkan anak syarikat pembrokeran Islam.
  84. Tiga
    lesen baru broker saham akan ditawarkan kepada syarikat terkemuka yang boleh
    menarik dana dan menjadi pengantara bagi aliran perniagaan dan urus niaga di
    Timur tengah.
  85. Bagi
    mempromosikan lagi industri Takaful, beberapa cukai lain akan ditingkatkan,
    termasusk pemotongan cukai atas pembahagian keuntungan yang diagihkan.
  86. Pelaburan
    Hartanah Bumiputera Bhd mewujudkan dana RM400 juta bagi meningkatkan pelaburan
    hartanah Bumiputera di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
  87. Kerajaan
    menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta untuk menarik pelaburan berkaitan perkhidmatan
    kesihatan di WPI
  88. Penyedia
    kemudahan rangkaian akhir akan diberikan elaun pelaburan 100 peratus atas
    perbelanjaan modal yang digunakan untuk jalur lebar sehingga 31 Disember, 2010.
  89. Suruhanjaya
    Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) memperuntukkan RM45 juta untuk
    pelakanaan projek SchoolNet bagi
    menyediakan kemudahan Internet di sekolah-sekolah.
  90. Usaha
    memperhebatkan promosi MSC Malaysia di persada antarabangsa akan diadakan
    termasuk pengajuran Minggu ICT Dunia
    di Kuala Lumpur pada Mei, 2008 dan persidangan World Congress on IT 2008.
  91. Daya
    tarikan Cyberjaya akan dipertingkatkan sebagai Bandar Siber Utama untuk menarik
    syarikat teknologi bertaraf dunia. Ini termasuk membina sekolah antarabangsa,
    perumahan mampu milik serta mempertingkatkan tahap keselamatan kawasan itu.
  92. Knowlegde Workers Development Institute akan
    dibangunkan di Cyberjaya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi menepati
    permintaan industri ICT.
  93. RM12
    bilion akan dibelanjakan dalam empat tahun akan datang, bagi meningkatkan
    sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
  94. Projek
    Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang akan dilaksanakan menerusi tender tidak lama
    lagi.
  95. Wilayah
    Ekonomi Pantai Timur, Koridor Sabah dan Koridor Sarawak akan dilancarkan tidak lama
    lagi.
  96. Bagi
    membasmi kemiskinan tegar, RM214 juta diperutukan untuk Skim Pembangunan
    Kesejahteraan Rakyat; dan RM117 juta untuk Program Pengurangan Kemiskinan dan
    Program Lonjakan Mega.
  97. RM680
    juta untuk pembinaan jalan-jalan kampung dan luar bandar, RM462 juta untuk
    projek bekalan air dan elektrik, RM70 juta untuk kemudahan sosial, dan RM15
    juta untuk pendidikan ICT di luar
    bandar.
  98. RM13
    bilion diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital,
    pembelian bekalan ubat dan perkakasan kesihatan.
  99. Pembinaan
    Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah,
    Hospital Tampin, Hospital Rehabilitasi Cheras serta Hospital Wanita dan Kanak-kanak
    Kuala Lumpur pada 2008.
  100. Dalam
    usaha menyemai tanggungjawab sosial korporat (CSR), syarikat senarai awam (PLC)
    perlu menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan genda serta
    program pembangunan vendor tempatan dan Bumiputera, dalam penyata CSR.
  101. Penubuhan
    dana permulaan RM50 juta untuk membiayai bersama projek CSR terpilih.
  102. RM9.7
    bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis kerja penyelenggaraan.
  103. Dalam
    menyemai tanggungjawab sosial (CSR),
    syarikat senarai awam (PLC) perlu
    menzahirkan komposisi guna tenaga syarikat dari segi kaum dan gender serta
    program yang dijalankan bagi membangunkan vendor tempatan dan Bumiputera dalam
    penyata CRS mulai tahun kewangan 2008.
  104. Kerajaan
    akan menyokong usaha untuk menubuhkan Dana CSR
    dengan peruntukan awal RM50 juta, untuk digunakan bagi membiayai projek-projek CSR terpilih.
  105. RM887
    juta diperuntukkan untuk membina lebih banyak kuarters kakitangan awam di
    seluruh negara.
  106. RM9.7
    bilion diperuntukkan untuk pelbagai jenis kerja penyelenggaraan.
  107. Tempoh
    kelulusan Laporan Penilian Impak Alam Sekitar dipercepatkan dari tiga bulan ke
    lima minggu.
  108. Jabatan
    Imigresen akan pendek tempoh proses permit kerja daripada 14 hari kepada tujuh
    hari untuk pekerja berkemahiran berkuatkuasa 1 Jan 2008.
  109. Jabatan
    Imigresen akan memperkenalkan satu kategori visa baru bagi ahli perniagaan dan
    profesional asing yang mempunyai tempoh sah lebih panjang berkuatkuasa 1 Jan
    2008.
  110. Mulai
    1 Jan 2008 proses mendapatkan pas lawatan profesional bagi pekerja
    berpengetahuan akan dipercepatkan dengan membolehkan permohonan dibuat di
    pejabat kedutaan dan konsulat Malaysia di luar negara.
  111. Berkuatkuasa
    1 Jan 2008, warganegara China dan India boleh memohon "multiple entry
    visa" (MEV) membuat permohonan di pusat kewangan antarabangsa seperti New
    York, London, Hong Kong dan Singapura.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article