oleh Mohammad Murtaza Fatemi Morshidi
Peranan
sebagai pendidik lebih 5 tahun memberi pengalaman yang berharga kepada
guru muda seperti saya yang bertugas di pedalaman.
Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik dan sains (ETEMS) banyak membantu
penguasaan guru dan murid dalam bahasa tersebut. Tetapi setelah program
ini berlangsung 5 tahun adakah murid semakin pandai Bahasa Inggeris, menguasai matematik dan sains.
Jawapan mudah, murid ada sedikit
peningkatan dalam bahasa inggeris tetapi semakin kurang berminat dalam
matematik dan sains.
Contohnya alangkah mudah sekiranya murid pandai
matematik dalam bahasa Malaysia dan boleh menterjemahkan dalam
kehidupan sehari-harian. Ini jelas kerana murid yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris di rumah akan mudah bosan dengan matematik dan
sains.
Sebagai bukti, murid yang mahir Bahasa Inggeris akan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam ketiga-tiga subjek tersebut. Malang bagi
yang tidak menguasai Bahasa Inggeris akan mendapat keputusan ujian yang
kurang baik untuk 2 subjek tersebut.
Pendapat saya hanya ingin merujuk
apa yang akan berlaku pada UPSR 2008 di mana ETEMS pertama akan
dijalankan semasa ujian tersebut. Perlu menguasai antara satu subjek
tersebut dari tidak mendapat apa-apa selama bersekolah demi masa depan
yang mencabar. Sedihnya murid yang lemah
Untung atau Rugi?
*huraian yang seterusnya akan dikeluarkan setelah mendapat maklumbalas anda.