- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Pendekatan Program Sekolah Sejahtera

Must read

Program Sekolah Sejahtera atau “Healthy School” yang
diperkenalkan Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) perlu diperluaskan
sehingga ke insitusi pengajian tinggi, tempat kediaman seperti taman
perumahan dan kampung bagi memastikan ia memberi kesan yang menyeluruh
ke arah matlamat Bandar Raya Sejahtera, demikian menurut Datuk Bandar
Kuching Utara, Abang Mohamad Atei Abang Medaan.

Beliau
berkata demikian sewaktu merasmi Majlis Pengiktirafan dan
Penganugerahan Tadika dan Sekolah Sejahtera di Auditorium DBKU pada 31
Oktober yang lepas.

Melalui
program tersebut yang diperkenalkan pada tahun lepas, beberapa aspek
yang diambil kira seperti kebersihan premis, persekitaran, keselamatan
makanan, pengurusan sampah dan kitar semula dinilai dan diiktiraf
dengan menggunakan standard yang ditetapkan.

Beliau
yakin sekiranya pendedahan awal kepada persekitaran ini dilaksanakan
seawal peringkat tadika dan sekolah, kita tidak akan berhadapan dengan
cabaran bagaimana untuk mendidik generasi muda menghargai alam sekitar
serta menyumbang ke arah bandar raya sejahtera.

Menurutnya
semua pihak perlu peka terhadap persekitaran dan memainkan peranan
serta bekerjasama mengatasi cabaran yang menjejaskan usaha ke arah
mencapai bandar raya sejahtera.

Program
Sekolah Sejahtera telah dimulakan pada tahun 2006 yang pada peringkat
permulaannya melibatkan sebanyak 34 buah tadika (Jabatan Kemajuan
Masyarakat) KEMAS telah dilawat dan diberi penilaian.

Ia
berjaya mengabungkan kerjasama pelbagai agensi dari segi merancang dan
melaksanakan program ini antaranya Pejabat Pelajaran Gabungan Kuching,
Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan
dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak.

Antara matlamat utama program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan kondusif kepada pelajar.

Ia
turut bertujuan mengenalpasti serta melakukan penambahbaikan kepada
persekitaran di samping mendedahkan tanggungjawab yang perlu dipikul
bersama.

Pada tahun 2006 menyaksikan Tadika Kampung Semerah Padi Fasa 2 telah menjadi johan bagi anugerah tersebut.
Sambutan
yang mengalakkan turut menyaksikan program ini diperluaskan ke sekolah
rendah dan sekolah menengah pada tahun berikutnya (2007) yang
melibatkan sebanyak 81 buah tadika, 34 buah sekolah rendah dan 21 buah
sekolah menengah terlibat dalam program pada kali ini.

Pada
majlis tersebut, Datuk Bandar telah menyampaikan beberapa anugerah
antaranya Anugerah Sekolah Menengah Sejahtera Terbaik (SMK ST Thomas),
Anugerah Sekolah Rendah Sejahtera Terbaik (SK Rancangan Perumahan
Rakyat Fasa 1, Jalan Astana) dan Anugerah Tadika Sejahtera Terbaik
(Tadika Tunku Putra).

Tiga
anugerah lain, iaitu Anugerah Landskap Sekolah Terbaik, Anugerah Tandas
Sekolah Terbaik dan Anugerah Kelab Pencinta Alam Sekitar Sekolah
Terbaik dimenangi oleh SMK ST Thomas manakala Anugerah Program Jom
Kitar Semula Sekolah Terbaik ( SJK Chung Hua No.6) dan Anugerah Kantin
Sekolah Terbaik (SMK Tunku Abdul Rahman)

Terdahulu,
pada majlis yang sama Pengetua SMK ST Thomas, Encik Wong Hiong Foo
berkongsi kejayaan yang merangkul (empat) anugerah, berkata ia bukanlah
mudah seperti yang disangka kerana ia melibatkan kerjasama menyeluruh
daripada semua pelajar, guru dan ibu bapa.

Hasilnya,
pada kali ini, sekolah tersebut meraih empat (4) anugerah antaranya
Anugerah Landskap Sekolah Terbaik, Anugerah Tandas Sekolah Terbaik,
Anugerah Kelab Pencinta Alam Sekitar Sekolah Terbaik dan Anugerah
Sekolah Menengah Sejahtera Terbaik.

Menurutnya
lagi, bagi mencapai kejayaan tersebut pengurusan sekolah telah merangka
pelan lima (5) tahun untuk mewujudkannya suasana sejahtera tersebut
melalui PBSS (Program Bersepadu Sekolah Sihat).

Jelasnya
lagi, beberapa perkara telah dipertingkatkan untuk mencapai tahap
“sejahtera” antaranya faktor fizikal dari segi kebersihan tandas,
penyediaan kantin sekolah dan kemudahan tempat letak basikal bagi
pelajar.

Sekolah
tersebut juga prihatin terhadap alam sekitar dengan melaksanakan
beberapa projek kompos dan program kitar semula yang dilaksanakan
melalui Kelab Pencinta Alam.

Malah
sekolah tersebut juga mesra pelawat dengan beberapa kemudahan
disediakan antaranya papan tanda khas untuk pelajar dan ibu bapa dan
kemudahan tempat menunggu bagi ibu bapa.

Selain
kemudahan perpustakaan, ia turut memiliki 10 pusat sumber berlainan
mengikut matapelajaran memberi keselesaan kepada pelajar untuk
mengulangkaji pelajaran.

Salah
satu perkara yang menarik mengenai sekolah ini adalah aspek keindahan
landskap dan taman yang menghimpunkan 160 jenis spesis tumbuhan.

Pengenalan
program doktor muda yang dilaksanakan di sekolah ini turut menjadikan
sebahagian daripada pendedahan awal kepada aspek kesihatan.

Selain
akademik, ia turut memfokuskan kepada keseimbangan aktiviti
ko-kurikulum serta mewujudkan sukan tumpuan (sukan elit) bagi
menyerlahkan keupayaan sekolah tersebut dalam sukan tertentu dan
melahirkan pelajar yang aktif.

Menurutnya,
usaha ini dilakukan bagi mewujudkan suasana kondusif kepada pelajar, di
samping meningkatkan motivasi dan semangat guru dan pelajar untuk
mencapai kecemerlangan.

Tidak
mustahil jika keadaan ini dipertahankan, menurutnya ia mampu mewujudkan
perasaan kepunyaan dan bangga terhadap sekolah mereka.

Info

Bilangan Tadika dan Sekolah dalam kawasan DBKU
• Tadika KEMAS P.193 – 24 buah
• Tadika KEMAS P.194 -18 buah
• Tadika Perpaduan -12 buah
• Tadika Swasta -27 buah
• Sekolah Rendah – 34 buah
• Sekolah Menengah – 21 buah

Info Ringkas

Program Sekolah Sejahtera adalah lanjutan daripada Program “Catch Them Young” yang telah dilaksanakan sejak tahun 1993 bertujuan mendidik generasi muda supaya peka terhadap persekitaran

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article