- Advertisement -spot_img
4,829
published news
and counting

Prospek Pembangunan Cerah

Must read

untuk Lawas dan Limbang


Walaupun dari segi geografinya, Limbang terletak jauh nun utara, Bahagian Limbang yang mempunyai dua (2) buah daerah iaitu Limbang dan Lawas terus maju dan mempunyai potensi yang cerah untuk dibangunkan

Menurut Residen Bahagian Limbang, Maria Hasman, antara tumpuan yang diberikan kepada kedua daerah tersebut ialah dari pertanian (penternakan) dan kegiatan pelancongan.

Dari aspek penternakan, Limbang telah dikenalpasti menjadi kawasan yang strategik untuk dibangunkan sebagai hab pengeluaran ternakan kerbau.

Jelasnya, bagi memungkinkan kejayaannya ia memerlukan kerjasama rapat di antara sektor awam dan swasta bagi mewujudkan strategi dan cara yang lebih berkesan berbanding yang ada kini.

Ia bukan sahaja bagi memenuhi keperluan domestik malah bagi keperluan negara jiran.

Katanya lagi, kerajaan telah mengariskan beberapa strategi untuk masa hadapan bagi membangunkan potensi daerah ini.

Jelasnya, Bakelalan akan terus dimajukan yang mana kini beberapa kemudahan asas seperti klinik, sekolah, polis dan pos kawalan telah dapat disediakan dengan sempurna.

Katanya, kerajaan turut merancang membangunkan Bakelalan di bawah Koridor Tanah Tinggi di mana terdapat cadangan untuk menghubungkan Lawas-Long Sungkang, Long Semadoh dan Bakelalan.

Beliau menambah, beberapa potensi dan produk baru seperti pengeluaran beras berkualiti “beras adang” dari Bakelalan akan diperkenalkan untuk meningkatkan nilai tambah produk pertanian sedia ada.

Potensi lain ialah khazanah alam semulajadi di Gunung Buda yang boleh diketengahkan sebagai tarikan pelancongan eko.

Pembangunan bahagian Limbang tidak akan dilengkap sekiranya tanpa kemudahan infrastuktur yang menurut beliau masih memerlukan jaringan jalan, bekalan air dan elektrik luar bandar untuk membawa kawasan tersebut seiring dengan bahagian lain.

Menyentuh tentang daerah Lawas,cabaran yang besar perlu dilalui kerana ia amat memerlukan satu sistem pengangkutan dan infrastruktur yang cekap seperti pelabuhan mini bagi menyokong kegiatan ekonomi dan perladangan di kawasan berkenaan.

Jelasnya, kedua-dua daerah ini sungguh beruntung sebab terletak pada kedudukan strategik dengan negara Brunei dan Sabah merupakan laluan keluar masuk utama pengunjung.

Ketika ditanya mengenai sumbangan sektor swasta, beliau memuji usaha sektor tersebut yang membangunkan bandar baru Limbang yang akan menjadi ikon baru bagi Bandar Limbang

Mengenai aspek pelancongan, jelasnya antara tarikan utama terkini di daerah Lawas ialah Air Terjun Melasak, Pusat Peranginan Sri Tanjung, Hot Spring, Merarap, menambah tarikan yang sedia ada seperti Pantai Sungai Bangat, Pantai Kampung Punang, Kebun Epal di Bakelalan.

Manakala di daerah Limbang, Mud Valcano Meritam antara tarikan terbaru yang berupaya menarik pengunjung untuk datang ke sini.

Pengenalan beberapa pesta antaranya Pesta Babulang (di sambut oleh kaum Bisaya dan Pesta Irau Aco oleh kaum Lun Bawang) menambahkan lagi keunikan Bahagian ini, selain pesta sedia ada seperti Pesta Limbang dan Pesta Lawas.

Tarikan pelancongan di samping lapan (8) perayaan utama diadakan setiap bulan pada tahun lepas (Tahun Melawat Malaysia 2007), telah meningkatkan jumlah kemasukan pengunjung di sempadan Tedungan sejumlah kira-kira 2 juta pengunjung.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article