- Advertisement -spot_img
4,829
published news
and counting

Lubok Nibong Berubah Wajah

Must read

Sepanjang
30 tahun dahulu, ia hanya boleh dihubungi menggunakan perahu, namun sejak ada
jalan kampung sepanjang 3.7 km yang dibina pada tahun 2006 yang menghubungkannya
dengan jalan utama (Jalan Persisir Pusa/Sessang, kawasan Lubok Nibong, yang
terletak di Bahagian Betong (dalam daerah kecil Kabong) tidak lagi terasing dan terpingir dari arus
pembangunan.

Kalau
dahulu, kebanyakan penduduk yang tinggal di sini, berhijrah ke tempat lain
untuk mencari rezeki tapi kini tempias pembangunan kian dirasai penduduk
berhampiran terutamanya penduduk di Kampung Perpat.

Hasilnya,
kawasan seluas 300 hektar yang kaya dengan pengeluaran padi kini boleh dipasar
ke luar. Bukan setakat itu, penduduk sudah mula mengubah cara pemikiran mereka
untuk lebih maju.

Bagi
mereka, “kais pagi makan pagi” sudah semakin ditinggalkan dan melalui penambah
nilai potensi beras wanginya sebagai salah satu tarikan baru kawasan tersebut yang
nyata berpotensi besar untuk dimajukan sebagai produk pelancongan baru dan unik
bagi negeri Sarawak.

Menyedari
potensi kawasan tersebut semakin berkembang, Pejabat Residen dan Daerah Betong
dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan lain telah mengambil inisiatif memperkenalkan Pesta
Beras Wangi Lubok Nibong.

"Harapan
kita ialah agar kawasan ini dapat dibangunkan dengan kelebihannya, seterusnya
mengubah sosioekonomi kawasan ini,” kata Residen Bahagian Betong, Romie Sigan
Daniel

Jelasnya,
walaupun baru sahaja diperkenalkan pada tahun lepas (2007), Pesta Beras Wangi
berpotensi untuk dikomersilkan memandangkan keunikan pesta tersebut, antara
satu-satunya pesta bersempena varieti beras di kawasan terbabit.

Kejayaan
tersebut juga turut mendorong Pejabat Residen dan Daerah Betong turut mengambil
inisiatif untuk memperkenalkan beberapa kawasan lain menggunakan pendekatan
yang sama yang dirancang pada tahun ini
(2008) ialah Pesta Payak di Maludam.

Ini
menurutnya, bertepatan, dengan keadaan Maludam yang kini boleh dihubungi dengan
menggunakan
perkhidmatan
Feri di Tanjung Lilin
(Batang Saribas) sejak tahun lepas
(2007) menghubungkan Daerah Kecil Pusa dan Daerah Kecil Maludam, di samping
akses jalan persisir
Triso/
Melebu/Pusa.

Sebelum ini, pendekatan yang
sama turut digunakan untuk merancakkan potensi kawasan lain, antara seperti Spaoh
(Pesta Ikan Buntal), Saratok (Pesta Air Krian) dan Kabong (Pesta Tanjung Kembang).


Info Ringkas

  • Pelaksanaan Rancangan
    Malaysia Kesembilan (RMK9), terdapat dua (2) projek utama pengairan bakal
    dilaksanakan di Betong iaitu di Sungai Sebelak (daripada Roban hingga ke kawasan Sessang dan Kabong) yang meliputi
    kawasan seluas 3,500 hektar dan Projek Bungin berkeluasan 3,000 hektar. Siling
    peruntukan RMK9 sebanyak RM10 juta telah diluluskan bagi Projek Sungai Sebelak
    manakala Bungin (RM13.7 juta)
  • Bagi projek di Sungai
    Sebelak yang dibahagikan kepada 3 blok, pada peringkat awalnya termasuklah kerja-kerja
    penyediaan infrastruktur, ban, perparitan, kunci air pada peringkat awalnya dan
    dijangka apabila siap nanti dijangka dapat melaksanakan penanaman padi dua (2)
    kali setahun.
  • Manakala Projek
    Bungin yang juga pada peringkat awalnya juga melibatkan penyediaan
    infrastruktur yang apabila siap nanti bagi tiga (3) tanaman utama. Antara yang
    dikenalpasti seperti kelapa sawit, kelapa dan koko.
  • Projek pengairan yang
    sedia ada sebelum ini ialah di Lubok Nibong dan Tanjung Sebekut, Spaoh.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article