- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Kepentingan Vitamin C

Must read

Artikel sumbangan Natalia ak Peter Nokie

Kepentingan
Vitamin C

Daripada
semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,
vitamin C teleh menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama
lebih 30 tahun.

Ia
telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua kesihatan kita
dan berikut itu, tidak menghairkan apabila ia diberi tarikh hebat dan menjadi
bahan kajian kepada para saintis sejak berdekad lamanya.

Feadah Vitamin C
tidak terhad kepada pencegahan seriawan, sejenis penyakit berpunca daripada
kurang daya tahan (imun). Kajian
saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah
penyakit kronik yang utama dan masalah alahan.
Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus
termasuk deman dan deman selesema. Ia
juga penting untuk mengekalkan system imun (pertahanan diri daripada penyakit)
agar sentiasa sihat.

Fakta
Mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah
vitamin larut air dan terdapat banyak dalam pelbagai jenis buah-buahan dan
sayur-sayuran segar. Ia amat penting
untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu kulit dan rawan yang sihat.

Kekurangan Vitamin C
boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu luka juga
sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan
boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukkan dengan
lemah seluruh badan, anaema dan edema).
Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah
dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan boleh
mengakibatkan pendarahan otak, demam panas yang seringkali membawa maut.

Mengapakah
Vitamin C Perlu Untuk Kesihatan?

Vitamin C perlu
untuk:

  • Pembentukan gigi,
    tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
  • Mengekalkan system
    imunisasi badan yang kuat
  • Mematikan radikal
    bebas merbahaya
  • Bertindak sebagai
    antioksidan yang berkesan
  • Membantu mencegah
    penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah
penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan
peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa
Kita Perlu Mengambil Vitamin C Setiap Hari?

Tubuh kita tidak
boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh
disimpan. Vitamin C berlebihan yang
tidak digunakan, dengan mudahnya disingkir keluar dari tubuh. Selain itu, ia juga akan musnah akibat
kepanasan atau terkena sinaran ultra ungu, sesetengah jenis bahan tambahan
dalam makanan, bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada
udara.

Malahan ia bergitu
mudah termusnah sehingga kebanyakan Vitamin C hilah sebelum makanan tiba di
atas maje. Berikut itu adalah penting
untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum
daripada vitamin yang menakjubkan ini.
Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sering
dalam proses penyembuhan perlu meningkatkan pengembilan Vitamin C.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article