- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Aplikasi Dalam Talian Menjelang 2010

Must read

Semua Perkhidmatan Kerajaan Akan Dilaksanakan

Bagi
meningkatkan keberkesanan dan capaian sistem penyampaian perkhidmatan untuk
masyarakat, kerajaan negeri meletakkan sasaran tahun 2010, dengan kebanyakan
urusan kerajaan dilaksanakan sepenuhnya secara elektronik ataupun dalam talian.

Demikian
menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr George
Chan Hong Nam ketika berucap pada Majlis Pelancaran Promosi Aplikasi Kerajaan
Elektronik anjuran Kerajaan Negeri Sarawak (Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi),
Jabatan Ketua Menteri, di Dewan Suarah Kuching pada 5 Mac yang lepas.

Pada
ketika itu, menurut beliau, adalah menjadi matlamat kerajaan untuk menyediakan
sekurang-kurangnya 20 aplikasi dalam talian untuk memudahkan masyarakat awam
berurusan dengan kerajaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan
perkhidmatan terbaik dan peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada
masyarakat.

Apa
yang diharap menurut beliau lagi, ialah ia bakal mengubah budaya kerja,
meningkatkan kecekapan prosedur kerja
dan produktiviti sesebuah agensi kerajaan.

Setakat
ini, terdapat sembilan (9) aplikasi dalam talian dan tiga (3) perkhidmatan
maklumat telah dibangunkan untuk keselesaan pengguna.

Antara yang
semakin popular serta mendapat sambutan ialah Electronic
Bills Presentment and Payment (EBPP)
atau Paybills Malaysia yang melibatkan
38 perkhidmatan menggunakan bil berserta lapan (8) institusi kewangan. Ia kini mempunyai 60,000 pengguna berdaftar
dengan anggaran 7,000 transaksi urusan setiap bulan

Malah,
menurutnya tidak seperti kebanyakan aplikasi yang ada, salah satu kelebihan
sistem ini adalah membenarkan pengguna berdaftar menerima dan melihat kedudukan
bil secara elektronik.

Aplikasi
lain seperti e-recruitment yang
diguna pakai oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak ini, telah
memudahkan pengguna untuk memohon jawatan kosong yang diiklan tanpa perlu merujuk di akhbar tempatan.

Setakat
Februari 2008, terdapat 95,516 pengguna berdaftar untuk aplikasi ini untuk
memohon jawatan kosong di sektor kerajaan.

Lain-lain
aplikasi yang telah dibangunkan ialah e-Booking,
e-Forms e-Talikhidmat, e-Request, e-Scholarship, e-Contractor,
e-Library, PIOS (Panoramic Images of
Sarawak)
, SIDRA (Sarawak Interactive Digital Road Atlas, Real Time Hydological Information.
Kesemuanya boleh dilayari di laman web www.sarawak.gov.my


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article