- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Latihan Kemahiran Berkualiti

Must read

Lengkapkan Masyarakat Luar Bandar Menghadapi Pasaran Semasa


Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) sentiasa komited untuk membangunkan masyarakat luar bandar
agar
berilmu dan berkemahiran, berdaya maju, berdaya saing serta memiliki nilai-nilai
murni untuk mencapai pembangunan menyeluruh dan seimbang dalam menghadapi
cabaran globalisasi.

Demikian antara objektif
dan matlamat utama KEMAS yang menyediakan peluang seluas-luasnya kepada
masyarakat luar bandar agar dapat bersaing dengan masyarakat bandar.

Kesediaan masyarakat
serta perubahan semasa turut mengubah pendekatan KEMAS bagi

meningkatkan impak
daripada setiap program dan latihan kemahiran yang dilaksanakannya.

Pengarah KEMAS Sarawak, Abang
Rabaee Bin Abang Muhi menjelaskan
demikian kepada RAKAN Sarawak
ketika ditanya mengenai perkembangan program latihan kemahiran KEMAS.

Menurutnya, berbeza sebelum ini di mana peserta
yang mengikuti kelas hanya ada sijil kemahiran.

“Kita akan pastikan setiap lepasan yang mengikuti
kelas kemahiran di bawah KEMAS bukan
hanya memiliki pengetahuan asas tetapi kemahiran yang diiktiraf”.

Katanya lagi, memang menjadi harapan KEMAS untuk
menghantar peserta yang lulus SKM1,2 dan
3 hingga ke peringkat lebih tinggi dan menjadi professional dalam bidang
masing-masing.

Tumpuan lebih diberikan kepada kelas masakan dan
jahitan.

Jelasnya lagi, ini dilakukan bersesuaian dengan
hasrat dan matlamat KEMAS, agar peserta boleh memperkembangkan kemahiran mereka.

Bukan
setakat itu sahaja, KEMAS akan memastikan tenaga pengajar dan pembantu
masyarakatnya sekurang-kurangnya memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Kelas 3.

Bagi merealisasikannya, KEMAS ada menjalin jaringan
bijak dengan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Menjelas lebih lanjut tentang perkara ini, Abang
Rabaee menyatakan pihaknya akan membantu membiayai kursus kepada peserta yang
layak yang telah disenarai pendek.

Beliau berharap peserta yang terpilih dapat
memanfaatkan serta menggunakan peluang ini
sepenuhnya.

Selain Pendidikan Kemahiran dengan pelaksanaan
seperti Kelas Jahitan dan Pusat Masakan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di
bawah program Cawangan Pendidikan Masyarakat turut melaksanakan beberapa
program kemasyarakatan seperti Bina Insan, Pusat Literasi Fungsian, Pendidikan
Literasi Komputer dan pusat Pendidikan Komuniti

Untuk rekod, bagi Pusat Kemahiran Keluarga terdapat
191 buah kelas dengan 3,847 orang peserta, Pusat Kemahiran Jahitan, 29 buah
kelas ( 779 orang peserta), Pusat Kemahiran Masakan, 3 kelas (65 orang peserta
) dan Pusat Sumber, 16 kelas ( 2,991 orang peserta).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article