- Advertisement -spot_img
4,829
published news
and counting

Lokasi Strategik Dalam Industri Pelancongan

Must read

Daerah Kecil Padawan Terus Maju

Walaupun terletak dalam kawasan yang agak bergunung-ganang,
mungkin bagi sesetengah pihak sudah pastinya menyukarkan usaha untuk membangunkan
sesebuah tempat, ia memberi kelebihan bagi daerah ini untuk terus maju dalam
sektor pelancongan.

Siapa yang tidak kenal Kampung Annah Rais yang masyhur
dengan tiga (3) buah rumah panjang tradisional yang terletak tidak begitu jauh dengan Bandar Raya
Kuching, iaitu 60 km turut menjadikan pilihan pelancongan tempatan dan luar
negara ketika hujung minggu.

Kira-kira 5 minit memandu dari Kampung Annah Rais, yang
terletak di hulu Sungai Semadang, anda boleh menikmati air panas yang muncul di
tepi sungai yang sejuk.
Ia boleh didapati kira-kira 50 meter di
sepanjang tepian sungai tersebut.

Lebih kurang 2.5 km dari lokasi tarikan tersebut
terdapat Pusat Peranginan Pusat Borneo, yang terletak di puncak Gunung
"Penyirisen" (sebutan bahasa tempatan).

Ia juga merupakan salah satu daripada hutan tertua
yang mengandungi flora dan fauna, sesuai bagi pelancong yang ingin pengalaman
baru menikmati dalam suasana dalam sejuk dan dingin di atas puncak.

Malah juga bagi pengemar sukan golf, ia adalah
pilihan tepat dengan padang golf yang memiliki 18 lubang.

Terdapat beberapa lagi tarikan tidak kurang
menariknya bagi daerah kecil ini, antaranya lain Gua Baju yang terletak di
Gunung Baju, lokasinya lima (5) minit berjalan kaki dari Pekan Teng Bungkap.

Mungkin ia agak baru bagi sesetengah mereka yang
mungkin kurang mengenalinya, namun gua ini mempunyai pelbagai flora dan fauna
yang belum terusik.

Berhampiran kawasan tersebut terdapat Sungai Serin
yang sesuai untuk aktiviti riadah.

Air Terjun Bidak pula, terletak kira-kira 2 km dari
Kampung Bidak memiliki ketinggian hampir 800 kaki dengan dua (2) tingkat air
terjun sesuai bagi mereka yang inginkan suasana ketenangan.

Menurut Pegawai Tadbirnya, Encik Robert Awen,
pembangunan lebih pesat diharap akan berlaku di daerah kecil ini apabila
terdapat cadangan untuk mewujudkan Pusat Pertumbuhan Desa di Bayur-Karu. Dijangka
apabila siap nanti bukan sahaja menyediakan satu pusat setempat tetapi juga
boleh menyokong sektor pertanian dan industri berkaitan.

Selain pelancongan, daerah kecil ini turut
mempunyai potensi besar dari perladangan komersil kelapa sawit, dengan skim
yang diperkenalkan FELCRA terutama di kawasan Belimbing, Kawa, Tatuk, Semeru
dan Bisira Rayang (meliputi Subang, Gayu
dan Patos)

Daerah Kecil Padawan yang berkeluasan 165 kilometer persegi ditadbir
oleh seramai tujuh (7) orang kakitangan Pejabat Daerah Kecil Teng Bungkap
dengan pejabatnya yang terletak kira-kira 55 km dari Jalan Kuching/ Serian dan
35 km dari Pekan Serian.

Daerah Kecil Padawan mempunyai seramai 19,562 orang
penduduk dengan majoriti dari kaum bidayuh (19,408 orang) mempunyai 51 buah
kampung dengan 2,650 pintu.

Agensi kerajaaan yang setakat ini terdapat di
daerah ini ialah Pejabat Pertanian, Pejabat Imigresen (Padawan), Pejabat Kastam
(Padawan), Balai Polis.

Kemudahan lain seperti terdapat tiga (3) buah
perpustakaan di bawah kendalian Majlis Perbandaran Padawan, masing-masing satu
di Teng Bungkap, Kampung Annah Rais dan Kampung Abang.

Terdapat tiga (3) buah klinik kesihatan (KK) di
sini memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti

antaranya KK Teng Bungkap, KK Padawan dan KK Ibu
dan Anak Bengoh. Manakala kemudahan prasarana bukan lagi menjadi masalah yang
turut dilengkapi dengan 17 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article