Masih berlaku salah tanggapan mengenai Gerakan Daya Wawasan (GDW) yang memerlukan masyarakat memahami bahawa ia adalah sebuah konsep dan bukannya sebuah projek.
Dengan kata lain, ia adalah proses berterusan ke arah pembangunan serta memperkasakan masyarakat supaya dapat memanfaatkan sepenuhnya tiga (3) daya iaitu daya manusia, ekonomi dan pasaran.
Selaras dengan itu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bertanggungjawab merancang pelbagai program sebagai pengisian kepada usaha tersebut. Demikian jelas Encik Salleh Bin Kabir, Pegawai Operasi Unit Pembangunan Desa KEMAS, Sarawak bagi menjelaskan salah tanggapan masyarakat yang masih melihat GDW secara pembangunan fizikal. Katanya, ia haruslah dilihat dari perspektif yang menyeluruh terutamanya pembangunan modal insan kerana ia turut melibatkan banyak program kemasyarakatan di luar bandar. Antara yang jelas telah dilaksanakan ialah Projek Keceriaan Kampung, Program Mesra Rakyat, Bakti Siswa Daya Wawasan, Program Kemerdekaan, Anugerah Desa Cemerlang dan pemimpin bersama rakyat dan sebagainya. Malah KEMAS juga memperluaskan dari segi melaksanakan kursus, bengkel dengan kumpulan sasaran tertentu di samping turut mengadakan latihan dan bimbingan keusahawanan melalui Institut Latihan Desa (INFRA). Apa yang paling penting ialah masyarakat sasaran berupaya menggunakan sepenuhnya peluang yang telah disediakan dan berusaha untuk memajukan diri mereka. Aspek lain seperti pemantapan Jawatankuasa Kampung (JKKK) agar berupaya merancang beberapa aktiviti sosial mahupun ekonomi di kampung dengan berkesan. Namun begitu, ia perlu menuntut perubahan daripada segi sikap masyarakat untuk berjaya. Kejayaan kampung yang boleh dicontohi menurut beliau antaranya termasuklah Long Bedian (Miri), Kampung Selanyau (Miri) dan Kampung Baru, Kabong. “Pihak kita sentiasa memantau perkembangan kampung yang terlibat dalam GDW dengan meminta mereka melengkapkan profil kampung, supaya boleh digredkan mengikut pencapaiannya”, katanya. Aspek pemantauan kini juga semakin mudah dengan adanya sistem elektronik (e-GDW) yang mana setiap kampung perlu memasukkan profil dan data mengenai kampung mereka. Malah kampung ini juga akan digredkan A, B atau C bagi melihat pencapaian kampung tersebut. Setakat ini terdapat 735 buah Kampung GDW di Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote