- Advertisement -spot_img
4,829
published news
and counting

Projek Prasarana RMK9 KEMAS

Must read

Sebanyak RM55 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK9) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak dengan prestasi perbelanjaan untuk dua tahun berturut-turut iaitu bagi tahun 2006 (97.9%) dan 2007 (98 %).

Demikian jelas, Encik Abdul Raya Bin Abdul Ghafur (Pegawai Operasi Unit Pembangunan) KEMAS Sarawak, pihaknya tidak banyak menghadapi masalah dalam melaksanakan projek tersebut memandangkan pelbagai pihak terlibat tersebut untuk kawasan tertentu antaranya seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi berkuasa tempatan dan Majlis daerah di kawasan terbabit.

Ia dilaksanakan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

Bagi tahun ini (2008), terdapat tujuh (7) buah projek akan dilaksanakan iaitu Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di Kuala Segan, Bintulu, Kampung Beladin (B), Pusa, Kampung Niup, Samarahan, Kampung Melayu, Bintangor, kampung Sebandi Ulu, Asajaya, Kampung Muhibbah, Bleteh,Kapit dan Kampung Pemindahan, Marudi, Miri. Kebanyakan projek tersebut yang sudah mendapatkan tapak akan memulakan projek pada Mei dan Jun tahun ini.

Empat (4) projek yang dalam pelaksanaan dijangka siap pada tahun ini ialah Pusat Sumber Tanjung Parang, Samarahan, Tabika KEMAS Kampung Piasau, Miri, Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAK) dan Tabika KEMAS Kampung Beladin (A), Pusa. Tiga daripada projek tersebut dilaksanakan FELCRA berhad.

Untuk Rancangan Malaysia ke-Lapan (RMK8), dari segi bilangan projek terdapat 64 buah projek fizikal telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

Ia melibatkan 38 buah Tabika, 16 buah Taska, 6 buah Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PPAK), Pusat Sumber dan Pusat Pendidikan Komuniti, masing-masing dua (2) buah.

Tempoh dua Rancangan Malaysia tersebut (RMK8 dan RMK9) banyak memberi kesan dari segi kelancaran aktiviti memandangkan kebanyakan tidak lagi menumpang bangunan sebaliknya telah memiliki bangunan sendiri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article