- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sentuhan 3 R dalam Amalan 5S DBKU

Must read

Kempen Kitar semula atau amalan penggunaan 3R –Reduce (Pengurangan), Reuse (Guna Semula), Recyle (Kitar Semula) agak popular suatu ketika dahulu, malah ia diwujudkan bagi menimbulkan kesedaran mengelakkan pembaziran dan yang paling penting penjagaan alam sekitar.

Mengambil pendekatan tersebut, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerapkannya elemen tersebut dalam amalan 5 S organisasi berkenaan.

Demikian jelas, Cik Zurima Safian, Ketua Bahagian Perancangan Korporat ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai apa kaitannya budaya 3 R dalam 5S dalam menjaminkan persekitaran tempat kerja bersih dan sihat.

Jelasnya lagi, tidak semua kertas terpakai perlu dibuang, malah boleh digunakan semula. Ini secara tidak langsung dapat memaksimumkan serta mempelbagaikan penggunaanya di samping mengelak pembaziran daripada berlaku.

Begitu juga, dengan menggalakkan penggunaan sistem elektronik secara intranet untuk mengakses dokumen dan prosedur kerja turut menyumbang kepada penggurangan penggunaan kertas dan menyokong konsep 3 R.

“Kita cuba menerapkan budaya 3 R ini di organisasi ini seterusnya melengkapkan amalan 5 S dengan kerja sisih (Seiri), susun (Seiton), sapu (Seiso), seragam (Seiketsu) dan amal sentiasa (Shitsuke) dilaksanakan di setiap 26 zon di organisasi ini,”,jelasnya.

Katanya lagi, pihaknya tidak berhadapan dengan kesukaran untuk membudayakan amalan 5 S, disebabkan usaha ke arah tersebut sudahpun bermula sejak tahun 1994 lagi.

Setelah beberapa kajian semula dijalankan, dan pelancaran semula amalan 5 S berserta polisi, objektif dan logo 5S dilaksanakan pada sekitar tahun 2006 dan 2007 usaha ini ternyata membuahkan hasil baru-baru ini apabila pada 19 Februari 2008, ia mendapat pengiktirafan amalan 5 S bagi Bangunan Ibu Pejabat DBKU Bukit Siol daripada Perbadanan Produktiviti Negara (ketika itu).

Tempat kerja yang harmoni, selesa dan bersistematik memang menjadi harapan kakitangan di organisasi tersebut, yang mampu bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti tetapi paling penting meningkatkan keseronokan bekerja.

Ketika ditanya apakah cabaran yang dihadapi, jelasnya untuk melaksanakan amalan 5S elemen jenis perkhidmatan dan sasaran pelanggannya juga perlu diambil kira bagi memastikan pelaksanaannya lancar dan sempurna.

”Cabaran kita pada awal pelaksanaannya, adalah di sini terdapatnya pelbagai pecahan Bahagian dengan pelbagai perkhidmatan dan tugas yang berbeza”,katanya

Malah, menurut beliau lagi Bangunan Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol juga menjadi tumpuan pelawat kerana Muzium turut terletak di sini.

Amalan 5S ,juga menurutnya perlu disesuaikan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan perkhidmatan utama yang disediakan, berbeza dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain.

Dari perspektif yang lebih luas, beliau percaya amalan 5S, yang juga sebahagian daripada elemen dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh mampu meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Jelasnya lagi, kejayaan yang diperolehi adalah hasil daripada sokongan padu pihak pengurusan,
komitmen jitu Ketua Bahagian dan kerjasama tidak berbelah bahagi semua warga kerja DBKU

Menurutnya, setelah kejayaan mendapat pensijilan amalan 5S bagi bangunan Ibu Pejabat DBKU di Bukit Siol, pihaknya mensasarkan kejayaan yang serupa untuk pejabat cawangannya yang lain.

Info

Kumpulan dan Zon-Zon DBKU

Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol 19 zon
Pejabat Depo DBKU, Jalan Semariang 2 zon
Pejabat Depo DBKU, Jalan Astana 2 zon
Pejabat DBKU, Jalan Satok 2 zon
Perpustakaan Bandaraya, Jalan P.Ramlee 1 zon


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article