Sejak penubuhannya genap 20 tahun yang lalu, Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) telah melakar pelbagai kecemerlangan terutama dari aspek kualiti.
Sungguhpun demikian, pencapaian cemerlang itu tidak pula menjadi titik noktah kepada usaha warga kerjanya untuk terus mencapai dan mengecapi kecemerlangan dalam usaha berterusan mereka untuk meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan DBKU.
Jika ditinjau pencapaiannya selama 20 tahun itu, Cik Zurima Safian, Ketua Bahagian Perancangan Korporat menyifatkan pencapaian terbesar yang pernah dicapai DBKU ialah dianugerahkan dengan Anugerah Kualiti Perdana Menteri (Sektor Awam) yang diterima pada tahun 2000. Manakala pengiktirafan pada peringkat dunia, jelasnya lagi ialah pengiktirafan sebagai “Bandar Raya Dalam Taman” dan Penghormatan sebagai Model Bandar Raya Sihat di Wilayah Barat Pasifik iaitu Anugerah Pengarah Wilayah sebagai “Bandar Raya Sihat” oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2004 dan dua (2) tahun kemudiannya oleh AFHC (Alliance For Healthy Cities) Award For Pioneers In Healthy Cities Creative Organizational Development dan Pioneers In Healthy Cities With Good Performance. Beliau menjelaskan demikian ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai pencapaian terbesar DBKU dari aspek kualiti. Menurut beliau, sejak diawal penubuhan DBKU lagi, kesedaran serta usaha pembangunan sentiasa menjadi keutamaan organisasi ini. Katanya, sebagai sebuah organisasi yang memberikan perkhidmatan kepada warga kota aspek kualiti perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan keyakinan pelanggan ke atas sistem penyampaian perkhidmatannya. Mengenai penganugerahan Pensijilan Pengurusan Kualiti MSISO 9000:2000 yang diterima pada 25 Januari 2008 dan Pensijilan Amalan 5S pada 20 Februari 2008, menurut beliau, ini adalah kerja keras dan komitmen tinggi warga kerja DBKU terhadap aspek kualiti. Dalam perancangan, pihaknya turut mensasarkan untuk mendapat OHSAS 18001 : 2007 (Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja) pada tahun hadapan (2009). Pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) di DBKU telah pun bermula sejak tahun 1993 lagi, melalui inisiatif Majlis Kualiti dan Pengiktirafan, Mesyuarat Pengurusan dan Management On Site, Maklum Balas Pelanggan, Konsep 5S dan 3R, Sistem Cadangan Q, Inovasi dan Penambahbaikan, Kriteria dan Standard Kualiti.Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote