- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Maklumbalas Dari Golongan Sasar

Must read

Penyertaan pelbagai pihak termasuk golongan sasar seperti para petani, nelayan, penternak, usahawantani malah graduan perlu digembleng bersama jaringan rangkaian agensi kerajaan dan swasta yang diwujudkan bagi meletakkan semula sektor pertanian sebagai sektor penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi negara.

Untuk itu, adalah amat perlu golongan sasar ini yakin dan mengetahui potensi serta peluang-peluang baru yang boleh diraih daripada sektor ini.

Golongan sasar juga perlu mengetahui tentang dasar, usaha, bantuan dan program yang sedang dijalankan di samping agensi berkaitan yang boleh membantu mereka dari aspek pembiayaan, pemasaran, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan.

Pendekatan berbentuk Bengkel Bicara Tani antara inisiatif baru yang diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Asas Tani pada tahun ini (2008) dilihat mampu mencetuskan minat golongan sasar untuk terlibat aktif dalam sektor pertanian terutamanya dalam bidang industri asas tani yang semakin diberi penekanan kerajaan.

Selain memberi peluang kepada golongan sasar memberikan maklumbalas kepada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta organisasi yang terlibat, ia turut berperanan menyampaikan penerangan mengenai peranan dan khidmat yang disediakan oleh agensi berkenaan.

Beberapa kisah-kisah kejayaan petani dan usahawan turut didedahkan bagi meningkatkan motivasi golongan ini menceburi bidang pertanian dan industri asas tani. Selain menyakinkan golongan sasar bahawa pertanian itu sebenarnya satu bentuk perniagaan yang boleh memberi pulangan yang menguntungkan.

Di seluruh negara, bengkel Bicara Tani ini dilaksanakan pada Mac dan April tahun ini (2008) di pelbagai lokasi di 98 daerah/Bahagian di seluruh negara dengan sasaran lebih 24,500 penyertaan terdiri daripada orang ramai, usahawan, pemimpin masyarakat dan siswazah yang berminat dalam pelbagai sektor pertanian –sektor tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tan.

Manakala di Sarawak, menurut sumber dari Jabatan Pertanian Sarawak, sambutan yang diterima begitu menggalakkan. Setakat 29 April 2008, program tersebut telah diadakan sebanyak (8) lapan kali di lapan lokasi Bahagian iaitu di Dewan Suarah Samarahan (24/3/2008), Dewan Suarah Sri Aman (27/3/2008), Dewan Panglima Rentap, Betong (31/3/2008), Hotel Premier, Sibu (3/4/2008), Dewan Suarah Miri (10/4/2008), Hotel Purnama, Limbang (14/4/2008), Hotel Shangsan, Lawas (17/4/2008) dan Dewan Suarah Mukah (26/4/2008).

Antara agensi yang terlibat dalam pengisian bengkel tersebut ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Jabatan Pertanian Sarawak (bagi Sektor Industri Asas Tani, Sektor Tanaman, Sektor Perikanan dan Sektor Penternakan), Jabatan Perikanan Malaysia, Agro Bank (dahulu dikenali Bank Pertanian ), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pertubuhan Peladang Sarawak dan Lembaga Nanas Malaysia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article