- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Membanteras Jenayah Rasuah

Must read


Perlu Penglibatan Semua Pihak

Usaha menghapuskan jenayah rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa, akan hanya berjaya tercapai sekiranya setiap lapisan masyarakat bekerjasama serta memainkan peranan masing-masing.
 
Apabila keadaan itu berlaku, barulah matlamat wawasan negara tercapai yang menekankan kepada masyarakat berintegriti, bermoral, beretika dengan kukuh nilai keagamaan dan kejiwaan mereka.

Demikian jelas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Y. Bhg. Dato' Sri Haji Ahmad Said Bin Hamdan ketika Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anti Rasuah Sarawak 2009 pada 12 Julai 2009.
 
Sambil menambah, gejala rasuah tidak boleh dipandang remeh, kerana ia boleh mengugat kestabilan ekonomi, politik, sosial dan boleh meruntuhkan tamadun manusia.Ia juga boleh mengakibatkan ketidakadilan berlaku yang boleh menular serta mengancam sebuah kerajaan dan masyarakat.

Beliau turut menekan bahawa jangan menjadikan perbuatan rasuah sebagai suatu senjata untuk  kepentingan diri sendiri.

Bagi mengalas cabaran tersebut, beliau yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus menunjukkan peningkatan dalam usaha-usaha membanteras jenayah walaupun berdepan cabaran, seterusnya merealisasikan harapan SPRM untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai negeri sifar rasuah.

Dalam perkara berkaitan, ketika ditanya media mengenai jumlah aduan setakat tujuh bulan pertama  (2009), beliau berkata sehingga kini pihaknya menerima 9,000 bilangan aduan dari orang ramai.

Jelasnya, ia mengambarkan orang ramai sudah ada kesedaran dan peka terhadap bahayanya jenayah rasuah.
Sementara itu, Yang Berusaha Pemangku Timbalan Pesuruhjaya, Shamsiah Abu Bakar menjelaskan bagi enam bulan pertama ini, sebanyak 305 maklumat telah diterima berbanding 616 kes pada tahun lepas.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article