Suruhanjaya Komunikasi Dan Muitimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sarawak akan mengadakan SKMM Broadband Fair 2009 pada 24 – 26 Julai 2009 bertempat di North Court A & B, The Spring Shopping Mall, Kuching pada 10:00 pagi – 10:00 malam.
Menurut kenyataan media SKMM, tersebut antara objektif utama pameran ini adalah seperti berikut:
-
Mewujudkan kesedaran mengenai jalurlebar sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai sasaran penembusan jalurlebar seperti mana termaktub di dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan;
-
Mewujudkan platform rangkaian hubungan di antara usahawan ICT, pihak berkuasa tempatan dan pengguna;
-
Mempromosikan peranan SKMM, agensi-agensi dan industri berkaitan di Sarawak.
Antara acara-acara yang akan diadakan ialah pameran teknologi yang berkaitan dengan broadband, promosi serta pakej menarik daripada pembekal perkhidmatan, persembahan artis jemputan, permainan dan cabutan bertuah serta ceramah kepada para pengunjung.