Untuk Penjawat Awam Kumpulan Sokongan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 kepada kumpulan sokongan.
Keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan itu yang akan dibuat
sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala
bakinya pada Disember. Ia akan memanfaatkan seramai 860,000 orang kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan. Implikasi kewangan kepada
Kerajaan bagi bayaran ini adalah sebanyak RM430 juta.