- Advertisement -spot_img
4,829
published news
and counting

Kejohanan Sukan 1Malaysia di Nottingham

Must read

Pada 31 Oktober 2009 ini,
satu sambutan Jubli Perak bagi meraikan Sukan Malaysia di Nottingham
akan diadakan dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Y.B Dato’ Ahmad
Shabery Cheek akan menghadiri acara berkenaan.

Sejak dari tahun 1985, acara ini telah berkembang menjadi satu acara
sukan tahunan di antara pelajar-pelajar Malaysia keseluruhannya di
United Kingdom dan juga Republic of Ireland.

Bagi kejohanan kali ini, sebanyak 50 buah universiti di United
Kingdom akan turut serta yang melibatkan kira-kira 5,000 atlit dalam 13
jenis acara sukan.

Penganjuran sukan ini dapat menjadi platform untuk memupuk semangat
kesukanan dan memartabatkan sukan di kalangan pelajar IPT Malaysia di
United Kingdom selain sebagai satu saluran untuk melakukan aktiviti
yang sihat. Selari dengan semangat 1Malaysia, Persatuan Nottingham
Malaysia mahu setiap peserta mencapai tahap kecemerlangan yang terbaik
sejajar dengan tema kejohanan kali ini iaitu Sukan Baru, Tapak Baru,
Generasi Baru.

Kejohanan kali ini dirasmikan oleh Y.B Dato’ Ahmad Shabery
Cheek. Peluang bersama pelajar-pelajar Malaysia di sana turut digunakan oleh Y.B Dato’ Ahmad Shabery untuk mengadakan pertemuan
dnegan atlit-atlit dan masyarakat Malaysia United Kingdom.

Y.B Menteri Belia dan Sukan juga menggunakan kesempatan berada di
sana untuk melancarkan Sekretariat Rakan Muda Antarabangsa di
Manchester (1 November 2009) dan London (2 November 2009).

Beliau juga dijangka akan mengadakan lawatan tidak rasmi ke
Perkampungan Latihan Sukan, University of Bath (2 November 2009) dan
melawat Lotus 1 Malaysia F1 Racing di North Fort, Norwich (3 November
2009).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article