- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

Perkhidmatan Awam Perlukan Perubahan Anjakan

Must read

Perkhidmatan awam perlu berani membuat perubahan dan anjakan supaya budaya kerja dan budaya pemikiran agar tidak terikat dengan amalan dan kaedah yang lapuk serta tidak lagi relevan.   


YAB Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata paling penting perkhidmatan awam tidak terkecuali perlu memahami realiti kesan arus globalisasi di peringkat rantau dan antarabangsa.


Sehubungan itu,jelas beliau lagi, segala aspek perkhidmatan perlu diperhalusi serta diberikan tanda aras baru.


Pada masa sama, nilai peribadi anggota perkhidmatan awam juga perlu berubah, kerana tanpa integriti yang berasaskan dengan nilai-nilai murni sudah tentu akan merosakkan seluruh institusi perkhidmatan awam.


Berucap kepada lebih kurang 500 orang peserta daripada kalangan pegawai kementerian, Jabatan/Agensi Kerajaan dan Setiuasaha Kerajaan Negeri yang hadir di Majlis Penutupan Konvensyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) 2009 di Kuching baru-baru ini.


Bagi mencapai objektif tersebut, perkhidmatan awam jelas beliau, yang meliputi di peringkat Persekutuan mahupun Negeri, harus bersama bergandingan dan menyahut cabaran untuk menjulang pencapaian negara ke taraf dunia supaya akhirnya hanya perkhidmatan yang terbaik sahaja akan diterima baik oleh rakyat. 


Ketua Menteri  juga menyeru para penjawat awam sebagai teras tadbir urus negara, memikul tanggungjawab yang besar untuk merealisasikan komitment 1Malaysia.


Agenda pentadbiran negara perlu diperkasakan oleh penjawat awam dan diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan yang cepat, cekap, berkesan dan mendahulukan kepentingan rakyat.


Terdahulu dalam ucapan aluan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Abu Kassim Mohamed yang mewakili Ketua Pesuruhjaya, SPRM selaku Penyelaras Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Setiausaha Bersama Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) menggariskan objektif konvensyen.


Antaranya sebagai wadah perkongsian maklumat, pengetahuan serta pengalaman dan juga percambahan idea-idea baru untuk mewujudkan Pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang paling tinggi dengan mempertingkatkan amalan nilai-nilai murni di samping berusaha mengatasi masalah dan kelemahan-kelemahan terutamanya dalam pengurusan kewangan Kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan, perundangan serta agama.


Konvensyen dua hari ini bertemakan “Tadbir Urus Baik Penentu Pembangunan Mampan”.


Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang, Menteri-Menteri Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohd Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Md Yahaya Basimin, Ketua-Ketua Setiausaha Kemeterian, Ketua-Ketua Perkhidmatan, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta Ketua-Ketua Eksekutif Badan Berkanun.




Rencana berkaitan Konvensyen JKP


Mengekal Keyakinan Awam Terhadap Jentera Pentadbiran

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article