- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

Dua Prinsip Perkukuh Pentadbiran

Must read

bersifat Objektif, Jelas dan Berhalatuju


Aspirasi nasional untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi ini turut menuntut kerajaan melaksanakan pembaharuan dan perubahan secara lonjakan berganda tanpa  mengenepikan agenda keadilan sosial.


Pada dasarnya  kerajaan berdaya maju adalah kerajaan yang terus berusaha untuk menyediakan eko sistem terbaik agar setiap warga dapat mengembangkan potensi dan bakat mereka secara optima.


Bagi mencapainya, Perdana Menteri mengariskan dua prinsip penting kepada pentadbiran. Pertamanya, inginkan kehidupan rakyat hari ini lebih baik dan bertambah baik pada masa hadapan.


Kerajaan jelas beliau perlu terus berkhidmat kepada rakyat dengan memakmurkan kehidupan serta memelihara kebajikan mereka.


Jelas beliau, kerajaan komited untuk mewujudkan eko sistem terbaik bagi merealisasikan hasrat menjadi sebuah negara maju serta berpendapatan tinggi.


Prinsip kedua adalah menggerakkan ekonomi negara dan meletakkannya kembali atas landasan pertumbuhan yang sihat serta mapan.


Matlamat tersebut, menurut beliau menemui kejayaan awal yang memberangsangkan apabila kesan dua pakej stimulus fiskal telah mengembalikan pertumbuhan ekonomi negara kepada daerah positif, bermula suku ke-4 tahun 2009 daripada penguncupan tiga suku berturut-turut sebelumnya.


Penghargaan turut ditujukan kepada para penjawat awam yang telah menjayakan kedua-dua pakej stimulus ini dengan tindakan yang pantas dan berkesan.  Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri ketika merasmikan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (Ke 11) baru-baru ini.


Kerajaan juga menurutnya telah menukilkan 4 Tonggak Utama: Pertama, satu falsafah induk sebagai panduan yang bersifat merentas dasar serta pelaksanaan yakni 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan; Kedua, satu prakarsa teras peranan kerajaan yakni Program Transformasi Kerajaan dan dua inisiatif ekonomi bagi memeta hala tuju jangka panjang, sederhana juga jangka pendek negara yakni Model Baru Ekonomi serta Rancangan Malaysia ke-10.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article