- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM)

Must read

Berjaya Memperolehi Pensijilan 5 S


Setelah bertungkus lumus dan bekerja keras bagi memastikan matlamat tercapai dan menepati sasaran pensijilan 5 S, Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) Jabatan Ketua Menteri akhirnya berjaya memperolehi pensijilan tersebut pada 2 Februari  2010.


Bagi mencapai serta mengekalkan prestasi tersebut, beberapa pendekatan dan penganjuran aktiviti  dalam unit berkenaan telah dilaksanakan.


Ini termasuklah menganjurkan aktiviti 5 S Countdown pada 20 Januari lepas (2010) yang  telah dirasmikan Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia, Datu Haji Misnu Taha. Seramai 40 orang kakitangan awam unit berkenaan telah hadir bagi meraikan aktiviti tersebut.


Ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai usaha ke arah pensijilan tersebut, menurut Jawatankuasa Promosinya , Awang Ikman berkata ini adalah kali ke tiga Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) memperolehi pensijilan 5 S sejak dari tahun 2007.

 

Jelasnya lagi, kali pertama ia diperolehi pada 19 Disember 2007, kali ke dua (19 Disember 2008) dan pada tahun ini iaitu pada 2 Februari 2010. Walau bagaimanapun, kesedaran terhadap amalan 5 S ini telah pun bermula sejak dari tahun 2006 lagi.

 

Mengenai tahap kesedaran kakitangan awam di Unit tersebut, jelasnya ia menunjukkan perkembangan yang mengalakkan.

Terdapat  lima (5) zon kesemuanya iaitu Zon Blue Ocean Strategy  (di bawah Encik Semawi Haji Mohamad), Zon Six Thinking Hats (di bawah Encik Sapiee Ahmad), Zon Six Sigma (di bawah Encik Mohamad Arsat), Zon 8 Habit (di bawah Puan Dany Neb) dan Zon 7S Mckinsey (di bawah Encik Malcom Yong).


Selaras dengan langkah untuk membudayakan amalan 5 S di unit berkenaan, pihaknya dari semasa ke semasa akan menganjurkan aktiviti promosi sepanjang tahun ini (2010). Antara yang telah pun dilaksanakan pada Januari lepas ialah 5 S Quality Treasure Explorace.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article