- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

Budaya Pasukan Berprestasi Tinggi (HPT)

Must read

kunci kecemerlangan jangka panjang Perkhidmatan Awam



Dalam memastikan sasaran dan matlamat menjadikan negara maju menjelang tahun 2020, serta tercapainya impian untuk menjadikan Sarawak negeri terkaya di Malaysia menjelang tahun 2030, pendekatan ke arah pengwujudan satu budaya berprestasi tinggi di kalangan para penjawat awam wajar ditekankan.


Pengwujudan budaya tersebut adalah satu salah kaedah yang digunakan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan Perdana Menteri pada April 2009, selaras dengan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).


Dari sudut pandangan yang lebih luas, ia amat bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara berpendapatan tinggi (high-incomed nation) yang memerlukan penglibatan semua untuk memulakan langkah pertama ke arah sasaran tersebut.


Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) pula perlu melalui proses transformasi untuk menjadi jentera Kerajaan berprestasi tinggi yang boleh melaksanakan agenda pembangunan strategik Kerajaan.


Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Haji Morshidi Abdul Ghani pernah mengumumkan mengenai komitmen Kerajaan Negeri bagi mewujudkan budaya berprestasi tinggi di kalangan para penjawat awam semasa Perkhidmatan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada bulan November tahun lalu.


Pendekatan Pasukan Kerja Berprestasi Tinggi (High Performance Team – HPT) itu, memerlukan semua penjawat awam supaya lebih kreatif, inovatif, efisyen, produktif, berfokus kepada penyelesaian masalah, ‘sentiasa mementingkan keputusan (result-oriented)’ and ‘berfikiran terbuka (thinking outside the box)’.


Dengan itu, beliau amat menggalakkan agar warga kerja dalam PANS melaksanakan tugas secara ‘bersilang peranan (cross-functional)’ dan ‘bersilang jabatan (cross-departmental)’.


HPT juga dilihat sebagai cara bekerja semasa (order of the day) untuk mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan awam dalam masa terdekat dan jangka panjang.


Ciri-ciri HPT adalah komitmen tinggi terhadap matlamat, meletakkan sasaran lebih mencabar, menggunakan pendekatan-pendekatan kerja lebih efektif, mempunyai akauntabiliti saksama di antara ahli-ahli  pasukan dan ketrampilan saling lengkap melengkapi


Namun begitu, masih ramai di kalangan penjawat awam tidak begitu memahami maksud sebenar, malahan terkeliru mengenai apakah sebenarnya yang dimaksudkan mengenai ‘budaya berprestasi tinggi’ itu serta perbezaan di antara konsep ‘pasukan (team)’ dan ‘kumpulan (group)’.


Semasa pembentangan “Building High Performance Team In Sarawak Civil Service: The Human Resource Perspective (Membina Kumpulan Berprestasi Tinggi dalam Perkhidmatan Awam Sarawak: Sudut Pandangan Sumber Manusia” semasa HR Focal Bil 1/2010 pada 24 Mac lalu, Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, YBhg. Datu Abdul Ghafur Shariff banyak menekankan mengenai ‘pasukan berprestasi tinggi’ serta budaya berkaitan.


Beliau berkata, ‘kumpulan’ bermaksud dua atau lebih individu yang bebas berinteraksi dengan mempunyai sifat-sifat, cita-cita serta jati diri serupa, sementara ‘pasukan (team)’ pula adalah sebuah kumpulan kecil orang yang memiliki kemahiran-kemahiran yang padan dengan satu sama lain, dan mempunyai keazaman terhadap satu hasrat, sasaran dan pendekatan kerja yang mereka kongsi tanggungjawabnya.


Satu-satu pasukan dibentuk demi untuk mempertingkatkan produktiviti, keperluan bagi fleksibiliti dan keputusan yang lebih cepat, kepelbagaian tenaga kerja, kualiti yang lebih baik, peningkatan kepuasan pelanggan. Sesebuah pasukan, ia haruslah dibentuk, dengan mempunyai hala tuju yang meyakinkan, berstruktur memudahkan, ada organisasi penyokong dan memiliki bimbingan pakar.


 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article