- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Local Agenda 21 (LA21),

Must read

Merancang dan Mengurus Ke Arah Pembangunan Mapan


Local Agenda 21 (LA21) merupakan program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya untuk bekerjasama dalam merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mapan.


Objektif utama LA21 adalah untuk menanam sifat kecintaan terhadap sekitaran awam, membenci perbuatan laku musnah terhadap persekitaran awam dan memupuk semangat kerjasama dasn toleransi di antara satu sama lain.


LA21 merupakan hasrat yang lahir daripada Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) di Rio De Janeiro pada Jun 1992 telah menghasilkan 5 dokumen yang penting iaitu:-


• Pengisytiharan Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (The Rio Declaration on Environment and Development)
• Agenda 21
• Persetujuan Kepelbagaian Biologi (Convention On Biological Diversity)
• Rangkakerja Persetujuan Mengenai Perubahan Iklim (Framework Convention On Climate Change)
• Prinsip Hutan


Agenda 21 merupakan satu pelan tindakan global ke arah pembangunan mapan. Manakala angka “21” merujuk kepada abad ke-21. Ia ditandatangani oleh lebih 178 buah Negara termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mapan. Bab 26 dalam Agenda 21 bertajuk “Usaha Pihakberkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21 telah menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan “Local Agenda 21” masing-masing.
Melalui LA21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mapan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu.


Pendekatan asas program ini ialah pendekatan “bottom up” atau dari akar umbi ke atas. Hal ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing.


Seiring dengan pendekatan tersebut, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bekerjasama dengan masyarakatnya telah mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan serta mengimplementasi program-program promosi LA21 melalui aktiviti-aktiviti gotong-royong, dialog, pertandingan, merekacipta logo LA21 Kuching Utara serta roadshows.


Antara ciri-ciri Program LA21 ialah menangani keperluan ekonomi, social dan alam sekitar bersama, merumus wawasan masa depan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus) atau permuafakatan, melibatkan masyarakat tempatan, mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini, merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu serta mewujudkan rangkakerja pemantauan dan laporan perkembangan projek.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan DBKU, mekanisma LA21 Kuching Utara ialah jawatankuasanya dipengerusikan oleh Datuk Bandar dengan bilangan keahlian seramai 53 orang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta, NGO’s dan masyarakat setempat, pemilihan ahli-ahli daripada pemegang berkepentingan, mengenalpasti isu-isu pembangunan mapan di peringkat tempatan/setempat (kajian isu bersama masyarakat) serta Jawatankuasa Kumpulan Kerja membentuk pelan tindakan.


Di samping itu, struktur Jawatankuasa Kumpulan Kerja dibahagikan kepada alam sekitar, ekonomi dan social. Sub-Unit LA21, Unit Pembangunan Komuniti & Usahawan Bahagian Perkhidmatan Komuniti pula berperanan sebagai catalyst (Pemangkin), coordinator dan fasilitator.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article