Anugerah Konvensyen KIK Peringkat Zon Selatan
Kategori Pengurusan
Johan -SKIP (Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak)
Tempat kedua -DANI (Kementerian Alam Sekitar dan kesihatan Awam)
Tempat ketiga -LANDAS DERAS (Jabatan Tanah dan Survei, Kuching)
Kategori Teknikal
Johan – Piperine (Lembaga Lada Malaysia, Kuching)
Tempat kedua – Revolusi (Pustaka Negeri Sarawak)
Tempat ketiga -Belian (UiTM SarawakIni adalah inisiatif pertama kali, kerajaan negeri dalam usaha mengalakkan percambahan idea inovasi dalam melahirkan perkhidmatan awam yang kreatif dan inovatif. Konvensyen KIK anjuran Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ), Jabatan Ketua Menteri tersebut juga dilihat adalah platform terbaik terutama kepada agensi dan jabatan kerajaan di Sarawak yang baru memulakan inisiatif KIK pada peringkat jabatan mereka, disamping memupuk budaya inovasi berterusan di dalam perkhidmatan awam di Sarawak.
Penyampaian hadiah kepada pemenang konvensyen KIK Peringkat Zon Selatan telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
Sambutan yang mengalakkan daripada agensi dan jabatan kerajaan dapat disaksikan dengan penyertaan sebanyak 33 buah kumpulan KIK telah mempersembahkan projek masing-masing.
Setelah konvensyen KIK peringkat zon selatan menutup tirainya, pemilihan seterusnya bagi peringkat zon tengah bermula pada 12 hingga 13 Julai manakala peringkat utara pada 20 hingga 21 Julai 2010. Semua pemenang-pemenang bagi peringkat tiga (3) zon tersebut akan bertanding pada peringkat akhir pada 4 hingga 5 Ogos di Kuching untuk memilih wakil sarawak yang akan bertanding di peringkat kebangsaan pada Oktober 2010 tahun ini.
Kategori Pengurusan
Tempat kedua -DANI (Kementerian Alam Sekitar dan kesihatan Awam)
Tempat ketiga -LANDAS DERAS (Jabatan Tanah dan Survei, Kuching)
Kategori Teknikal
Johan – Piperine (Lembaga Lada Malaysia, Kuching)
Tempat kedua – Revolusi (Pustaka Negeri Sarawak)
Tempat ketiga -Belian (UiTM Sarawak)