- Advertisement -spot_img
4,807
published news
and counting

Unit Inovasi, rancang program-program inovasi

Must read

 dan kreativiti secara  berkesan

Dengan penetapan Kerajaan agar agenda Transformasi Negara berpaksikan inovasi dan kreativiti, semua agensi Kerajaan Negeri, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan, Pejabat-pejabat Residen dan Daerah telah diarahkan supaya menukarkan atau menamakan Unit/fungsi kualiti masing-masing yang sedia ada kepada Unit-unit Inovasi.

Arahan berkenaan penubuhan unit-unit inovasi di peringkat organisasi berkuatkuasa 11 November 2010 tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YBhg Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam satu pekeliling 3/HRDQ/SPAK/Pekeliling Vol 2 bertarikh 5 November 2010.

Ini adalah atas susulan dan saranan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib Razak yang dibuat beliau semasa pelancaran Program Malaysian Inovatif 2010 pada 27 Januari 2010.

Menurut pekeliling yang telah diedarkan ke semua ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun negeri, semua setiausaha majlis bandaraya/perbandaran/daerah serta semua residen dan pegawai daerah, perubahan itu adalah bertujuan bagi membolehkan program-program peningkatan inovasi dan kreativiti yang telah digubal dilaksanakan secara terancang, sistematik dan berkesan.

Perubahan kepada nama Unit Inovasi berkenaan harus dilaksanakan tanpa melibatkan sebarang pertambahan jawatan, iaitu dengan mengembleng sumber yang sudah sedia ada.

YBhg Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi selain itu memaklumkan Hari Kualiti yang disambut oleh Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) pada 31 Oktober setiap tahun akan digantikan dengan sambutan Hari Inovasi.

Ini adalah bagi menandakan kepentingan budaya inovasi dan kreativiti serta meraikan keberhasilan inovasi di agensi-agensi kerajaan.

Jabatan Ketua Menteri Sarawak, menerusi Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ), Seksyen Transformasi dan Inovasi, yang juga berperanan sebagai Sekretariat Negeri, akan menyelaras dan memantau semua program serta inisiatif pembudayaan inovasi dalam PANS.

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article