- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Aspirasi ‘Satu JKM’

Must read

untuk Jabatan Ketua Menteri Sarawak


Aspirasi ‘Satu Jabatan Ketua Menteri Sarawak’ atau ‘Satu JKM/1JKM’ dilihat mampu menjana visi dan nilai-nilai yang merupakan tunjang Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) bagi tahun 2011.


Perkara ini dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang berharap langkah tersebut adalah satu permulaan yang baik  bagi memperkenalkan dan mempergiatkan aspirasi satu JKM.


“Pada tahun ini, saya ingin memperkenalkan 1JKM yang akan menjadi aspirasi untuk kita pada tahun ini. Ini adalah untuk menjana visi dan nilai-nilai kita. Kita semua harus memperkukuhkan semangat dan aspirasi 1JKM ini,” kata beliau semasa memberikan amanat beliau dalam Perhimpunan JKM pertama bagi tahun 2011.


Perhimpunan tersebut yang diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Lama di Petra Jaya pada pagi 6 Januari 2011 lalu, dihadiri oleh kira-kira 600 orang anggota kerja JKM yang terdiri dari 21 buah unit dalam jabatan tersebut.


Kita harus bekerjasama dengan melihat semua sebagai satu entiti yang sama iaitu Jabatan Ketua Menteri, walaupun berlainan unit, malah banyak fungsi-fungsi dan peranan yang bersepadu dan boleh dipertingkatkan” pesan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada para hadirin.


“Ini adalah bagi memastikan setiap urusan dapat dilaksanakan dengan cekap dan lancar. Kita harus bergabung rapat, menjadi sebuah keluarga yang amat besar, dalam aspirasi 1JKM,’ jelas beliau lagi.


Beliau berkeyakinan bahawa  aspirasi 1JKM tersebut akan dapat menjadi contoh dan menonjolkan imej terbaik perkhidmatan awam negeri.


Semua penjawat awam (tanpa mengira kedudukan dan jawatan), jelas beliau mampu membawa dan menyumbang kepada perubahan,


Kata beliau, banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pengalaman lepas (tahun 2010), dan dengan penglibatan lebih menyeluruh semua warga JKM (tanpa mengira kedudukan) perubahan besar boleh dilakukan dalam mentransformasikan perkhidmatan awam negeri.


Untuk mencapainya, penjawat awam perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan masing-masing, disamping dari aspek komunikasi, beliau berharap hubungan di kalangan warga penjawat awam dalam Jabatan Ketua Menteri sendiri hendaklah dipererat serta diperkukuhkan.


Sekiranya ini berjaya dicapai, ia pastinya dapat memberikan imej positif terutama bagi mereka yang sentiasa berurusan dengan menjadikan JKM sebagai rujukan terhadap sesuatu perkara.


Langkah memperkenalkan aspirasi 1JKM, adalah permulaan untuk mengajak semua warga penjawat awam bergerak sebagai satu pasukan yang akan menerajui visi perkhidmatan awam negeri ke arah perkhidmatan awam bertaraf dunia.


Sebagai permulaannya juga, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi menekankan wujud keperluan untuk mempunyai satu imej yang sama dan seragam.



 


 


 


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article