Membudayakan Gaya Hidup Sihat
Kesibukan tugas seharian tidak pernah menghalang penganjuran aktiviti berbentuk kesihatan dan masa hujung minggu pada 8 Januari 2011 dimanfaatkan sepenuhnya masyarakat termasuk penjawat awam sekitar Bahagian Sibu dengan mengadakan aktiviti senamrobik beramai-ramai dan pertandingan poco-poco.
Menariknya kali ini, program tersebut disertai oleh YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan turut disertai oleh YB Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kewangan Kedua, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam,, YB Datuk Awang Bemee Haji Awang Ali Basah, ADUN N49 Nangka, dan YB Encik Vincent Goh Chung Siong, ADUN N48 Pelawan.
Aktiviti Senamrobik anjuran RANDO (Kelab Kakitangan Pejabat Residen dan Daerah) adalah bermatlamat selain membudayakan amalan gaya hidup sihat di kalangan kakitangan awam, ia turut meningkatkan hubungan silaturahim dan perpaduan. Pada masa yang sama, ia mampu mengalakkan semangat kesukanan serta kerja berkumpulan (teamwork).
Seramai 1,900 peserta telah menyertai senamrobik tersebut yang terdiri daripada 38 Jabatan dan Agensi, 8 persatuan, 2 syarikat swasta, para ketua masyarakat, pemimpin dan orang awam yang telah diadakan di Dataran Sibu Fasa 1 seawal jam 7 pagi.
Pada program senamrobik tersebut, beberapa kategori pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan Kontijen senamrobik teramai, kontijen senamrobik pakaian tercantik dan kontijen senamrobik yang seragam.
Bagi kontijen senamrobik teramai dan pakaian tercantik telah dimenangi oleh Majlis Perbandaran Sibu manakala kontijen senamrobik yang seragam disadang oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA).
Bagi pertandingan poco-poco pula dua kategori telah dibuat iaitu kategori Jabatan dan kategori RANDO.
Bagi kategori Jabatan, Johan disandang oleh kumpulan E-FITS Group (Pejabat Pelajaran Daerah Sibu). Naib Johan disandang oleh Kumpulan LANDAS (Jabatan tanah dan Servei Sibu) dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Military Boy (Kem Anggota 9 Kompeni Angkut KPD). Seramai 18 penyertaan diterima, 16 dari agensi kerajaan negeri dan persekutuan dan 2 dari persatuan.
Bagi Kategori RANDO pula, Johan disandang oleh RANDO Kanowit (Pejabat Daerah Kanowit), Naib Johan disandang Kumpulan Chabik Geronong (Pejabat Residen Sibu) dan tempat ketiga dimenangi oleh RANDO Sibu (Pejabat Daerah Sibu).
Foto sumbangan Puan Andrea James, Pejabat Residen Sibu