- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sesi Percambahan Idea,

Must read

Hasilkan Penyelesaian Terbaik

Sesi percambahan fikiran dan idea yang diadakan melalui penggunaan kaedah makmal ataupun lebih dikenali sebagai “lab” sebenarnya banyak membantu dalam usaha memberikan sepenuhnya tumpuan untuk mencari penyelesaian atau “outcome” kepada sesuatu perkara.

Malah, buat julung kalinya, bengkel  Pejabat Residen dan daerah yang diadakan selama dua (2) hari pada 19 hingga 20 Januari lepas di Miri menggunakan pendekatan tersebut sebelum mempersembahkan hasil pembentangan ketika Mesyuarat Residen dan Daerah pada  21 Januari 2011.

Perbincangan bengkel tersebut banyak tertumpu kepada beberapa urusan harian yang melibatkan tugasan diperingkat bahagian dan daerah bagi memastikan kelancaran dan sesuatu projek pembangunan dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Pengalaman ini (daripada bengkel) amat penting bagi setiap pegawai daerah dan residen untuk mendekati sesuatu perkara itu dan mencari penyelesaian yang terbaik. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani ketika mempengerusikan mesyuarat Pejabat Residen dan Daerah baru-baru ini.

Sebanyak lima (5) buah kumpulan telah mengadakan bengkel yang melibatkan beberapa perkara antaranya, NKRA –Isi Rumah Termiskin, Program Bantuan Rumah (PBR), Pelaksanaan Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), Projek Kecil Luar Bandar ataupun lebih dikenali sebagai Minor Rural Project (MRP) dan Hal-hal Pentadbiran Peringkat Bahagian dan daerah.

Bengkel tersebut adalah anjuran Unit Pentadbiran, Jabatan Ketua Menteri yang dihadiri oleh semua pegawai Residen dan daerah seluruh negeri Sarawak.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article