- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Larian Kesihatan MAKSAK -Pustaka Negeri

Must read

Galakkan  Aktiviti Kecergasan

Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak meneruskan aktiviti –aktiviti berbentuk kecergasan pada tahun ini (2011) dengan mengadakan Larian Kesihatan pertamanya pada tahun ini dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak pada 5 Mac 2011 yang lepas bertempat di perkarangan Pustaka Negeri Sarawak.

Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi dengan acara sesi senamrobik turut diserikan dengan kehadiran  Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Bin Abdul Ghani  yang turut menyertai Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo dan seramai 450 orang peserta yang terdiri daripada 20 buah agensi dan jabatan kerajaan.

Acara, kemudiannya  diteruskan dengan Larian Kesihatan dengan laluan sejauh 4.5 kilometer bagi Kategori Lelaki dan Wanita Terbuka dan sejauh 2.8 kilometer bagi Kategori VIP dan Veteren Lelaki dan Wanita. Acara pelepasan peserta acara larian disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang juga merangkap Yang Di-Pertua MAKSAK Sarawak.

Beliau bersama-sama dengan kategori VIP lain turut mengambil peluang untuk menikmati kawasan sekitar Pustaka Negeri dengan acara berbasikal sekitar laluan yang telah ditetapkan.

Terdahulu sebelum itu, dalam ucapan ringkas sebelum larian, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghan berkata aktiviti-aktiviti kesihatan sememangnya digalakkan terutama kepada kakitangan Perkhidmatan  Awam kerana melalui aktiviti tersebut dapat melahirkan tenaga kerja yang sihat, berwawasan dan mereka ini mampu menghasilkan produktiviti kerja yang tinggi. 

Manakala Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Hamid Bugo pula sentiasa mengalu-alukan semua pihak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di sekitar (di luar) Pustaka Negeri terutama kawasan dan suasana yang sesuai untuk aktiviti-aktiviti beriadah.

Selain aktiviti senamrobik dan larian kesihatan, turut diadakan ialah Ceramah Kesihatan, Pameran Kesihatan, Cabutan Bertuah dan ia turut menyediakan Hadian untuk Penyertaan Kontinjen Paling Ramai.


Pendaftaran peserta larian.



Acara senamrobik.


Pelepasan acara larian untuk Kategori Wanita oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri,
YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani




YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani bersama isteri,
 YBhg Datin Amar Hjh. Saptuyah Bt. Hj. Suib memulakan acara berbasikal.




Penyampaian hadiah oleh Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, tetamu kehormat yang turut menyertai program pada pagi itu.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article