- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

SCORE Sediakan Permintaan Tinggi

Must read

Terhadap Sektor Industri Makanan

Koridor Tenaga Yang Diperbaharui Sarawak  (SCORE) yang turut menumpukan kepada industri makanan terutama pembangunan halal hab akan meningkatkan trend dan permintaan terhadap sektor industri makanan di negeri ini.

Demikian menurut Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN 20011) di Bintulu pada 12 Mac yang lepas.

Katanya, pembangunan halal hab sekaligus memberikan peluang kepada golongan yang melibatkan diri dalam sektor tersebut  untuk meningkatkan pengeluaran dalam sektor industri tersebut

Menurutnya dalam pembangunanan halal hub, transformasi cara serta kaedah pelaksanaan juga lebih moden dan berteknologi tinggi  yang  memerlukan lebih banyak hasil  pembangunan dan penyelidikan (R & D).

Antaranya, penggunaan bio-teknologi juga menurut Ketua Menteri Sarawak akan dipraktikkan dalam pembangunan halal hab di Tanjung Manis.

Permintaan produk-produk makanan pada masa hadapan bukan sahaja, perlu terjamin keselamatan produk dan makanannya, katanya  perlu  lebih berkualiti tinggi serta diiktiraf mengikut piawaian yang ditetapkan antarabangsa.

Manakala dari aspek penghasilan dan pemprosesan makanan pada masa akan datang perlu juga mengambil kira keselamatan penguna dengan mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.

Sambil berkata, ini perlu diambil perhatian disebabkan  kebanyakan trend pemakanan masyarakat kini juga berubah iaitu kebanyakannya memilih makanan sihat seperti makanan organik (yang kurang bahan kimia dan sebagainya).

Kini, persoalan tidak lagi setakat berapa luas kawasan yang akan ditanam tetapi bagaimana golongan ini (peladang, penternak dan nelayan) dapat menggunakan proses-proses (teknologi) yang akan digunapakai untuk mempertingkatkan hasil pertanian dan ternakan.

Katanya beliau lagi, hanya melalui penggunaan pendekatan baru sahaja, bidang pertanian, penternakan dan perikanan dapat menikmati faedah yang lebih besar.

Beliau berkata terdapat kajian yang menunjukkan pasaran industri makanan halal dunia kini bernilai AS$600 bilion pada tahun 2009 dan akan melonjak ke AS1 trilion untuk tempoh lima (5) ke tujuh (7) tahun akan datang .

Potensi tersebut harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh Sarawak menjadikannya sebagai halal hab utama dan persediaan tersebut turut menuntut golongan petani, penternak dan nelayan mengubah pendekatan cara lama kepada cara baru serta memerlukan latihan dan pendekatan yang bersesuaian

Selain pembangunan halal hub, sektor pertanian lain seperti pembangunan tanaman lain seperti kelapa sawit yang akan menjadi komoditi  utama juga perlu  dirancang serta dipelbagaikan hasil  produknya.

Seperti juga pembangunan akuakultur, kebanyakan mereka perlu latihan bersesuaian terutamanya  aspek pemprosesan produk-produk hiliran di Tanjung Manis.

Pada masa yang sama katanya, dengan kepesatan jaringan pengangkutan yang menghubungkan yang berpotensi dari segi ekonomi beliau yakin manfaat dan faedah akan dinikmati bukan sahaja kawasan tersebut tetapi mampu diperluaskan ke kawasan-kawasan lain

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article