Golongan belia harus mempersiapkan diri dengan kemahiran teknikal yang tinggi, aspek kebolehan pengurusan, berkemampuan berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif
Ini disebabkan kebanyakan kerja dan tuntutan tugas pada masa akan datang, disokong oleh instrument pengurusan dengan dibantu oleh kepesatan teknologi.
Namun, itu bukanlah yang dapat menentukan kejayaannya kerana paling penting sikap golongan ini menyesuaikan diri dengan peredaran masa.
Koridor Tenaga Yang DiPerbaharui Sarawak (SCORE) akan menyediakan satu bentuk pekerjaan yang akan mengutamakan kemahiran tinggi. Sehubungan itu, kerajaan berusaha untuk mengalakkan golongan muda termasuk belia untuk melibatkan diri dalam bidang berkaitan dalam usaha mencapai masyarakat berpendapatan tinggi.
Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib menegaskan kepentingan penglibatan golongan belia ini ketika berucap pada Perhimpunan Belia 2011 baru-baru ini (19 Mac 2011).
Berdasarkan Kajian Awal SCORE, menurut beliau telah menunjukkan bahawa lebih 50 peratus pekerjaan pada masa akan datang memerlukan kemahiran tinggi dalam usaha mencapai masyarakat berpendapatan tinggi sasaran 30 peratus perlulah dicapai.
Berkaitan dengan pembangunan belia, beliau memuji usaha yang telah dilaksanakan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) termasuklah mengadakan perhimpunan belia yang telah memasuki tahun ke-dua dengan mengiktiraf belia di kalangan anak Sarawak yang boleh dijadikan ikon terbaik.
Katanya, golongan belia perlu digalakkan berinteraksi di kalangan golongan seusia mereka agar mereka dalam mencungkil potensi dan bakat serta kebolehan mereka dalam bidang masing-masing.
Untuk itu, persatuan belia digesa memainkan peranan sebagai “gelanggang” untuk belia berkongsi pengetahuan dan pengalaman, disamping untuk membina daya kepimpinan di kalangan mereka.
Berkaitan perhimpunan belia 2011, Sebagai pengiktirafan kepada golongan belia, Anugerah Ikon Belia telah dinobatkan kepada penerima di kalangan anak Sarawak sendiri.
Senarai Penerima Anugerah Ikon Belia iaitu bagi kategori Anugerah Ikon Belia (Antarabangsa), Zee Avi @ Izyan Alirahman dan Cik Alia Geneid (Antarabangsa) . Manakala Kategori Ikon Belia (Sukan) pula, Bryan Nickson Lomas, Kategori Ikon Belia (Kebudayaan / Kesenian) ialah penyanyi Hafiz @ Mohd Hafiz Bin Mohd Suip. Pada kategori Ikon Belia (Keusahawanan) disandang oleh Jason Jonathan Lo, Kategori Ikon Belia (OKU), Albert Wong Tuong Chui dan Kategori Ikon Belia (Kesukarelaan) , Hamzah Saufi.