- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Transformasi Berterusan,

Must read

Memastikan Perkhidmatan Awam Terus Relevan

Transformasi berterusan perkhidmatan awam yang kini sedang berlaku diyakini akan memastikan ia terus relevan dengan peredaran zaman.

Selain memanfaatkan inovasi dan kreativiti, perkhidmatan awam pada masa hadapan hendaklah menyesuaikan sektor tersebut dengan mengambil kira keperluan rakyat, terutama fokus kepada mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di sesuatu tempat.

Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 30 November, 2011.

Menurut beliau, dengan mengambil kira perubahan drastic yang berlaku, perkhidmatan awam hendaklah bersedia dengan perancangan strategik bagi menghadapi semua cabaran.

Dalam menyahut cabaran tersebut, beberapa pendekatan telah diambil, sebagai contoh: penubuhan pejabat wilayah Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka akan memberikan lebih autonomi serta fokus kepada keperluan setempat, terutama dalam projek pembangunan.

Ia juga menjadi sebahagian daripada proses transformasi JKR Sarawak dengan memastikan ia berupaya menyesuaikan diri bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.

Menurut Ketua Menteri lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dirombak setiap lima (5) tahun bagi memperkukuhkan peranannya agar tidak hanya memberikan perkhidmatan tetapi turut diperluaskan kepada pembangunan sosial dan budaya di dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

Jelas beliau, di sini pihak berkuasa tempatan dapat mewujudkan pemikiran sihat dan suasana kondusif disamping menjalinkan kerjasama erat dengan masyarakat. Semua ini akan tercapai sekiranya pengupayaan pentadbiran dapat dipertingkatkan yang membolehkannya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Tadbir urus yang terbaik pada peringkat tersebut diperkukuhkan dengan kerjasama pihak kaunselor, ahli politik dan masyarakat segala permasalahan masyarakat pada peringkat akar umbi diharap akan dapat ditangani dengan lebih teratur.

Mengenai cabaran besar pada masa hadapan, beliau mengingatkan bahawa ekspektasi tinggi daripada rakyat dengan lebih ramai yang berpendidikan tinggi, kemunculan maklumat dan lambakan maklumat dan sebagainya.

Bagi mengimbanginya, penjawat awam perlu meningkatkan tahap komunikasi dan interaksi dengan masyarakat dan perlu lebih kerap turun padang.

Beliau berkeyakinan bahawa perkhidmatan awam dapat mengatasi semua cabaran. Ia berlandaskan pengalaman yang lepas terutamanya daripada pemimpin politik dan pemimpin mewakili masyarakat yang terdahulu; mereka membuktikan kerjasama erat telah pun terjalin sebelum Sarawak merdeka lagi.

Ia kemudiannya diperkukuhkan dengan pengenalan politik pembangunan yang diperkenalkan beliau pada sekitar tahun 1981 dengan menyesuaikan bentuk pembangunan mengikut keperluan negeri Sarawak.

Jelas Ketua Menteri lagi, sekiranya sepenuh tumpuan dengan keikhlasan untuk berkhidmat diberikan oleh Perkhidmatan Awam Negeri, ia sebenarnya telah mencapai banyak kejayaan.

Selama ini, perkhidmatan awam telah pun berjaya menyesuaikan diri dengan keperluan rakyat terutama penyediaan khidmat kesihatan, seperti dispensari bergerak dan “doktor udara” di luar bandar; penyediaan jalan persisir dan jalan luar bandar bagi merancakkan ekonomi di luar bandar; serta pendidikan untuk penduduk di kampung dan rumah panjang di luar bandar.

Di samping itu, beliau menjelaskan aspek pembangunan tanah dan pembukaan kawasan perladangan baru turut diberi perhatian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article