- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kepelbagaian Kecerdasan

Must read

Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pepatah Melayu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ memang sudah sinonim dengan masyarakat kita. Pepatah ini memang relevan dan khusus digunakan dalam konteks pembentukan sahsiah individu yang bergelar anak.

Selain didikan yang diberikan oleh ibubapa yang bermula di rumah, pendidikan atau ilmu awalan juga diperlukan oleh setiap kanak-kanak dalam mereka mempelajari untuk mengenal erti kehidupan.

Pendidikan bertujuan memberikan ilmu pengetahuan, membangunkan kemahiran serta menerapkan nilai untuk membentuk akhlak dan sikap yang baik. Namun demikian, kita harus sedar dan mengambil kira tentang kepelbagaian yang wujud dalam diri seseorang dan persekitarannya.

Untuk mendidik terutamanya kanak-kanak, kita mesti terlebih dahulu menarik perhatian mereka dengan perkara yang mereka sudah minat kerana kanak-kanak juga bersifat pemilih dan tidak mudah tertarik kepada sesuatu perkara yang sama dengan kanak-kanak lain.

Tarikan yang kepelbagaian inilah yang akan mendorong anak-anak secara langsung dengan teori yang dikenali sebagai ‘Multiple Intelligences’. Teori ini telah diperkenalkan oleh Gardner iaitu seorang ahli psikologi German yang terkenal, pada tahun 1983.


Teori ini yang mempunyai pelbagai kategori jenis kecerdasan dan antaranya adalah seperti; kecerdasan Bahasa/Perkataan iaitu keupayaan untuk menggunakan bahasa untuk memahami maklumat, memberi respons dan memahami orang lain dalam pelbagai bentuk komunikasi. Contohnya adalah seperti penyajak, penterjemah dan juga penulis.

Teori yang kedua ialah kecerdasan nombor/ menaakul di mana keupayaan menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logik. Kategori ini lebih menjerumus kepada ahli saintis, para doktor dan juru audit.

Teori yang seterusnya ialah kecerdasan muzik. Teori ini kita dapat lihat pada kebanyakan anakanak kecil, terutamanya yang baru mula belajar untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang sekelilingnya. Kanak-kanak akan mula berfikir mengguna muzik, mendengar serta menghayati corak muzik dan dari sinilah mereka juga akan mula mengenal patah perkataan.

Selain tiga teori yang disenaraikan, terdapat lebih banyak lagi teori yang digunakan untuk menilai seseorang kanakkanak itu. Ini kerana setiap kanakkanak mempunyai pemikiran dan minat yang berbeza.

Terdapat beberapa prinsip penting untuk Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) iaitu kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran.

Setiap individu juga mempunyai kombinasi Sembilan kecerdasan yang dipanggil profil kecerdasan yang berbeza bagi setiap individu di mana mempunyai kebolehan membangunkan semua kecerdasannya dengan adanya galakan, penggayaan dan pengajaran.

Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenalpasti dan dinyatakan dengan jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya dan prinsip yang paling utama ialah latarbelakang peribadi menjadi faktor penting dan mengembangkan pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua jenis kecerdasan.

Jelasnya, dalam konteks pendidikan Teori Kecerdasan Pelbagai amat penting dan perlu diaplikasikan dengan sebaiknya kerana kebijaksanaan mengaplikasi daripada teori ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan individu yang berkebolehan serta mampu memberi faedah kepada pelbagai pihak.

Dalam konteks kecenderungan minat kerjaya, teori ini memberi sumbangan yang amat besar ke atas diri individu kerana melalui teori inilah mereka tahu kecenderungan dan kecerdasan mereka. Justeru, langkah yang seterusnya adalah peranan pendidik untuk mengembangkan kecenderungan ini menjurus kepada pemilihan kerjaya yang bertepatan dengan minat dan personaliti seseorang.

Kesimpulannya, murid merupakan aset negara yang tidak boleh dipersia-siakan. Setiap murid berpotensi untuk Berjaya atas kepercayaan bahawa murid belajar dengan cara berbeza yang sepadan dengan kecerdasan yang mereka miliki.

Keperluan untuk mengaplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam aktiviti pendidikan mesti disedari dan secara serius direalisasikan jika kita mahu berlaku adil dengan murid-murid kita.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article