- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

64 Anggota Sarawak Coastguard Lengkapkan Kursus Pengendalian Bot Interceptor

Must read

Seramai 64 orang pegawai dan anggota Sarawak Coastguard telah melengkapkan kursus pengendalian bot selama lima (5) hari bermula pada 22 hingga 26 Mac 2021 yang disempurnakan majlis penutupannya oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Jaul Samion pada 26 Mac 2021.

YB Datuk Amar Jaul Samion berucap pada Majlis Penutupan Kursus Pengendalian Bot Interceptor Sarawak Coastguard

Setiausaha Kerajaan Negeri dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Polis Marin Sarawak yang telah berkongsi pengalaman dalam melatih pegawai dan anggota baharu Sarawak Coastguard di samping 17 orang jurulatih yang terlibat secara langsung dalam kursus tersebut

Kursus pengendalian bot tersebut telah mengguna pakai sebanyak (6) bot intercepter Sarawak Coastguard bagi tujuan kursus berkenaan.

Pada perkembangan berkaitan, syarikat pembekal bot interceptor, iaitu Syarikat Shipping Engineering telah pembekalan bot dalam masa yang telah ditetapkan dengan bot pertama telah dibekalkan dan diserahkan tiga (3) bulan lebih awal

YB Datuk Amar Jaul menyampaikan sijil tamat Kursus Pengendalian Bot Interceptor

Untuk rekod, penubuhan Sarawak Coastguard sejajar dengan polisi serta keperluan kerajaan Sarawak untuk mengambil tindakan konkrit dan melengkapkan agensi-agensi penguatkuasaan maritim yang lain dalam menjaga keselamatan nelayan dan mencegah kehilangan hasil sumber asli maritim Sarawak daripada kerakusan pencerobohan pihak asing dan tempatan.

Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) telah ditugaskan untuk menyelaras penubuhan kapasiti Sarawak Coastguard termasuk sumber manusia dan pembangunan aset Sarawak Coastguard.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article