- Advertisement -spot_img
4,826
published news
and counting

‘Building Resilient Team Course’

Must read

Artikel disumbangkan oleh Jabatan Hutan Sarawak

Unit latihan & Peperiksaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Jabatan Hutan Sarawak telah mengadakan satu Program yang dinamakan “Building Resilient Team Course” bermula 29 Mac 2021.

Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk keserasian bersama antara kakitangan serta mewujudkan semangat kerja berpasukan bagi mencapai kesepakatan dalam memajukan organisasi.

Kursus selama tiga (3) hari dua (2) malam diadakan sebuah hotel di Santubong dengan penyertaan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak termasuklah beberapa pegawai-pegawai baharu (SFC Sdn.Bhd) yang telah ditempatkan di Jabatan Hutan Sarawak manakala penceramah jemputan untuk program ialah Encik Mohamad Ariff Azahari.

Kursus disertai kira-kira 40 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak

Dalam ucapan perasmiannya, Datu Hamden Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak menyatakan bahawa program ini turut dirancangkan untuk dilaksanakan di Pejabat-Pejabat Hutan Wilayah di Sarawak bagi meningkatkan lagi semangat kerja berpasukan dan beliau juga berharap penganjuran kursus-kursus sebegini dapat meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article