- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Penekanan Kepada Cara Kerja Cekap Bagi Mendepani Perkembangan Sektor Pemuziuman

Must read

Artikel disumbangkan oleh Seksyen Komunkasi Korporat
Jabatan Muzium Sarawak

Satu sesi amanat Encik Tazudin Mohtar,  Pengarah Jabatan Muzium Sarawak bersama warga kerja jabatan telah diadakan di Auditorium dan Bilik Serbaguna, Borneo Cultures Museum, Kuching pada 18 Mac 2021.

Encik Tazudin Mohtar, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak menyeru agar semua warga jabatan untuk menjadi lebih kompetitif dan bersemangat seiring dengan perkembangan sektor pemuziuman pada masa kini

Menariknya untuk sesi amanat kali ini, pendekatan penyampaian amanat adalah berlandaskan norma baru melalui penggunaan platform digital iaitu Youtube.

Penggunaan platform digital ini memudahkan warga kerja yang berada di Sri Aman dan Miri untuk bersama-sama mendengar amanat beliau.

Selain itu, pematuhan Standard Operating Procedure seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup separuh muka adalah diwajibkan bagi mengekang penyebaran virus Covid-19.

Pematuhan Standard Operating Procedure seperti penjarakan sosial dan pemakaian pelitup separuh muka ketika menghadiri sesi amanat Pengarah Jabatan Muzium Sarawak
Warga kerja Jabatan Muzium Sarawak yang hadir di sesi amanat Pengarah di Auditorium, Borneo Cultures Museum

Dalam amanatnya, beliau menyeru agar semua warga jabatan untuk menjadi lebih kompetitif dan bersemangat seiring dengan perkembangan sektor pemuziuman pada masa kini.

Selain itu, beliau juga menekankan tentang cara kerja yang cekap melalui pemikiran yang holistik dan proaktif.

Warga kerja Jabatan Muzium Sarawak yang turut mengikuti sesi amanat Pengarah di Bilik Serbaguna, Borneo Cultures Museum

Beliau juga menyarankan agar semua warga kerja jabatan untuk menerapkan enam (6) Nilai Bersama iaitu, Integriti, Baik Hati, Profesionalisme, Sikap Kesegeraan Dan Semangat Sepunya, Semangat Berpasukan dan Berorientasikan Hasil.

Akhir sekali, beliau mengharapkan semua warga kerja Jabatan Muzium Sarawak untuk terus bekerjasama dalam meningkatkan kualiti kerja demi mencapai visi dan misi jabatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article