Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Datuk Haji Mohd Shahabuddin bin Omar yang akan bersara wajib pada 3 April 2021 melakukan sesi “clock-out” tepat jam 4.57 petang pada Majlis Signing-Off bersempena Persaraan beliau pada 31 Mac 2021 bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.
Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun bermula pada tahun 1986.
Ketika menyampaikan amanat terakhir di Aras 1, Bangunan Sultan Iskandar beliau cukup gembira dengan peluang berkhidmat di negeri Sarawak sebanyak dua (2) kali dengan tempoh 12 tahun iaitu sebagai Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU Sarawak) (2007 sehingga 2016) dan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak dari tahun 17/5/2019 sehinggalah 31/3/2021.
Beliau menzahirkan rasa terima kasihnya atas komitmen dan kerjasama yang diberikan semua pihak sepanjang menjadi Setiausaha Persekutuan Sarawak dan berharap kerjasama yang sama bakal diberikan kepada kepimpinan yang baharu kelak.