- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kurangkan Birokrasi Bantu Masyarakat

Must read

Memperkasakan sektor awam adalah agenda penting kerajaan.  Ini kerana dengan sektor awam yang sedemikian akan membolehkan mesej dan bantuan dapat disalurkan secara berkesan kepada kumpulan sasaran yang terjejas.

YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia dalam rangka lawatan kerja dua (2) hari ke Sarawak menegaskan perkara ini ketika menyampaikan amanat beliau pada Majlis Bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Sarawak pada 1 April 2021.

“Sarawak mampu menjadi maju lebih baik daripada negeri lain. Kerajaan Persekutuan komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan hasrat dan objektif nasional tercapai pada tahun 2030”

Pada masa yang sama, Perdana Menteri juga mahu perkhidmatan awam memberi fokus untuk mengurangkan batasan birokrasi dalam usaha membantu semua lapisan masyarakat, terutama di kawasan luar bandar.

Perdana Menteri juga menyatakan penubuhan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri 4.0 (4IR) adalah bertujuan untuk menetapkan dasar, menerapkan dan memantau strategi serta menghasilkan inisiatif ekonomi digital dan 4IR di Malaysia.

Penubuhan majlis ini, menurut Perdana Menteri lagi sejajar dengan kesedaran kerajaan tentang pentingnya sektor perkhidmatan awam sebagai pemangkin dalam bidang digitalisasi dan mendorong transformasi ke arah 4IR.

“Kerajaan juga telah memperkenalkan rancangan MyDigital dan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia untuk mendorong transformasi digital sektor awam. Ini termasuk usaha untuk melahirkan 100 peratus penjawat awam yang celik digital dan 80 peratus perkhidmatan kerajaan dalam talian dari awal hingga akhir, menjelang 2025,” jelas Perdana Menteri.

Terdahulu, Perdana Menteri telah menghadiri taklimat tentang Hala tuju Pembangunan Sarawak dan tentang perkara ini, Perdana Menteri menyatakan perancangan Sarawak itu adalah sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 Kerajaan Persekutuan.

“Saya sangat kagum dengan apa yang telah dirumuskan dan rancangan itu menjanjikan kejayaan untuk Sarawak,” katanya.

Perdana menteri juga memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan penuh kepada Sarawak dalam usaha membantu negeri ini mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article