- Advertisement -spot_img
4,826
published news
and counting

Kajian Terperinci Tahap Keselamatan di Sempadan Lubok Antu Dilakukan

Must read

Kerajaan telah membina Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Lubok Antu-Nanga Badau pada tahun 2012 bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan sempadan Lubok Antu dan Kalimantan Barat, Indonesia terus dipelihara.

Kewujudan CIQS ini sangat penting memandangkan Lubok Antu, salah sebuah daerah di Bahagian Sri Aman bersempadanan dengan Wilayah Kalimantan Barat, Indonesia.

Melalui CIQS ini,  ia menyediakan laluan rentas sempadan yang sah antara kedua-dua negara dan pada masa yang sama ia dapat mengawal jumlah keluar masuk pendatang asing ke negeri Sarawak.

Selain itu, kes-kes yang dikhuatiri berlaku seperti kecurian kereta penduduk kampung ataupun penyeludupan masuk kenderaan-kenderaan negara asing melalui sempadan juga akan dapat dicegah serta dibanteras.

Pihak Keselamatan dalam negeri telah memperketatkan usaha untuk memantau kemasukan pendatang bagi mengurangkan permasalahan kebanjiran pendatang ke negara kita samada melalui ‘jalan tikus’ atau melalui jalan utama yang kini lebih dikenali ‘jalan gajah’.

Pembinaan CIQS ini penting kerana ia bukan saja mengawal arah keluar masuk penduduk di sempadan Malaysia-Indonesia, malah tahap keselamatan turut dipertingkatkan dan aktiviti penyeludupan samada dari segi barangan harian mahupun makanan dapat dikawal.

Baru-baru ini, Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak akan melaksanakan kajian terperinci mengenai tahap keselamatan di kawasan sempadan Lubok Antu dan Kalimantan Barat, Indonesia.

Tujuan kajian tersebut dilaksanakan adalah bagi menyelesaikan isu jalan tikus atau jalan tidak sah yang wujud di kawasan sempadan berkenaan kerana masih terdapat dalam kalangan kedua-dua negara (Malaysia dan Indonesia) yang menggunakan laluan tikus untuk tujuan rentas sempadan.

Ketua Menteri juga memberitahu bahawa laluan-laluan tidak sah yang digunakan rakyat kedua-dua negara khususnya warganegara asing yang masuk ke Sarawak akan menjejaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang wabak Covid-19.

Ketua Menteri tidak menafikan bahawa laluan-laluan tikus di kawasan sempadan Lubok Antu tersebut begitu mudah dibolosi terutamanya di kawasan ladang-ladang sawit, dan oleh kerana perkara ini akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Amar Jaul Samion turut menyertai program Lawatan Kerja Ketua Menteri keLubok Antu pada 30 Mac 2021

Pada masa yang sama, Kerajaan Sarawak akan membantu meningkatkan kemudahan serta aset di CIQS Lubuk Antu dalam usaha mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negeri ini.

Hal ini kerana, kekurangan kemudahan serta aset di CIQS Lubok Antu adalah antara kekangan yang dihadapi dalam usaha menyekat kemasukan PATI ke dalam negeri Sarawak.

Perkara ini disebut oleh beliau pada sidang media semasa mengadakan lawatan ke CIQS Lubok Antu-Nanga Badau pada 30 Mac 2021.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menjawab pertanyaan daripada wartawan semasa Sidang Media berlangsung

Semasa lawatan tersebut, beliau telah diberi taklimat oleh pihak Imigresen Sarawak, Kastam Sarawak, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sarawak, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Kuching  bertempat di ICQS Lubok Antu berhubung isu dan cabaran di kawasan tersebut.

Tujuan lawatan kerja tersebut adalah untuk mendengar dan melihat sendiri kekurangan yang ada di sekitar Perbatasan Sarawak dan Indonesia di CIQS tersebut dan kawasan sekitarnya sekali gus bagi mencari cara menangani masalah PATI dengan lebih berkesan.

Hasil dari lawatan ke ICQS tersebut, maka pihak Kerajaan Sarawak telah menerima data dan butiran isu dan cabaran bagi membuat satu keputusan lebih strategik bersama semua agensi Kerajaan yang berkaitan dan juga pihak Kerajaan Indonesia melalui Sosek Malindo.

Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak YB Malcom Mussen menyerahkan cenderahati kepada Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article