- Advertisement -spot_img
4,841
published news
and counting

Bengkel Kesedaran Projek Semakan Lesen-Lesen Perniagaan Peringkat Negeri Sarawak

Must read

Usaha mentransformasikan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak oleh Kerajaan Negeri Sarawak sedang giat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat awam termasuk komuniti perniagaan.

Untuk itu, Unit Permodenan dan Kualiti (UPPQ), Jabatan Ketua Menteri Sarawak dengan kerjasama Perbadanan Produtiviti Malaysia (MPC) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bengkel Kesedaran Projek Semakan Lesen-Lesen Perniagaan Peringkat Negeri Sarawak hari ini.

Bengkel kesedaran yang berlangsung selama sehari ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Abang Haji Karim Tun Abang Haji Openg, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia dan YBhg. Datu Ose Murang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat).

Seramai 150 peserta menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai-pegawai di bawah Kerajaan Negeri yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran lessen.

Bengkel ini menekankan kepada tiga objektif iaitu menyemak semula lesen perniagaan dan mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh komunti perniagaan, mengenalpasti peluang penambahbaikan bagi mengurangkan beban kos pematuhan dan kecekapan proses permohonan lessen-lesen perniagaan; dan mengenal pasti cara-cara meringankan beban komuniti perniagaan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif di peringkat sektoral bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing negara.

Pendek kata, penganjuran bengkel ini merupakan satu inisiatif supaya proses dan prosedur pengeluaran dapat dipermudahkan untuk  memenuhi keperluan komuniti perniagaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article